Jawab Soalan Ask.fm

 
 
oke , soalan yang atas ni lama dah orang tanya . tapi baru teringat nak publish kat sini . maafkan hamba :'D
 
ekceli kenapa aku publish kat sini . yelaa . kot kot orang yang tanya tuu takbuka ask.fm untuk tengok jawapan aku . atleast bila dia datang belog aku nih , dia boleh baca ni :)
 
ohyee , sebenarnyaa ejaan nama asal aku MARDHIAH . tapi kat belog dan kat fesbuk , aku ubah ejaan dia jadi MARDEEYA . haha . ngengada kau .
 
 
 
mintak maaf , kalau nak cari shoutbox kat belog ni kena scroll ke bawah sikit . terletak nun di bawah 'Super Followers' :3
 
err . bunyi macam jauh sangat jee . ekceli , takpon . cuma scroll sikit jee lagi :D 
 
P/s: mintakmaaf kepada sesiapa yang datang belog ni tapi deeya tak visit back lagi . deeya cuba buat pelan -pelan ehh ? bizi sikit jee sejak dua menjak ni :D
 
tu jee , Assalamualaikum :)
 
 
 

Kan Gua Dah Cakap HAVOC !

 
 alkisah nye , tadi aku dengar lagu HAVOC . dan bila aku amati lagu tuu , nampaknya aku tak berjaya paham kan apa maksud HAVOC tuu -.-'
 
maka , macam biasa , bila aku taktau aku akan tanya Encik Gugel . 
 
rupa-rupanya HAVOC ni maksudnya , 'chaos' , ataupun 'huru-hara' . atau bahasa pasar kita , 'dok huhaa huhaa' atau orang kata 'kecoh' .
 
mihmihmih . sakai jee aku baru tahu :3
 
 


ni dia lagu yang aku dengar tadi . kan gua dah cakap gua , HAVOC , HAVOC , HAVOC xD

tu jee , Assalamualaikum :) 


Takde Jodoh , Redha Sudah .

 
hai , hari ni aku nak kongsi kesedihan dan kekecewaan . amboihh ko mardeeya , dah lama menyepi , tetiba jee update entry kecewa kecewa bagai . 
 
kejadian kecewa mengecewakan ni berlaku selepas aku bersembang dengan mama aku .
 
 

 
 
apa yang aku nak cerita ialah , pada suatu masa dulu aku pernah melibatkan diri dalam industri percintaan nih 

*bunyi macam dah lama giler jee*

tapi , sayangnyee mama aku tak setuju dengan pilihan hati aku . ada jee tak kena . mak aku macam sinis , perli pun ada . padahal kat mata aku dia perfect kot . hengsengg , baik , dan berhartaa . wakakaka . tapi mak aku tetap cakap , yang kami tak sesuai . tak sesuai ! aku ulang . dan masa kitorang berpisah mama aku cakap , "bagus laa . aku deserve someone much better" T.T

*nangis darah*

tapi semalam , aku sembang dengan mama aku . mama aku baru pulang dari rumah family Encik Bekas aku . ekceli , Encik Bekas memang rapat sangat dengan mama aku . dia siap panggil mama aku "Mama" kot .

mama puji sakan Encik Bekas . berbunga-bunga hati aku mendengarnya . tapi apa yang mengecewakan aku ialah bila mama cakap "Encik Bekas baik . kalau Ateh nak kat dia boleh laa"

Ateh tuu adik perempuan aku kot T.T

aku rasa macam nak lari dari rumah jee dengar statement tuu . kenapa dia ? bukan aku ? huh .

stress . tekanan . feeling unwanted .

pastu jiwa remajaa aku yang memberontak cakap , "sampai hati mama . masa dia dengan angah , mama cakap tak sesuai laa . itu laa , ini laa"

aku tahan air mata supaya tak jatuh :'D

lepastu mama cakap . "angah taksesuai . angah dengan dia sebaya . mama takot angah nampak lagi matang dari dia . takot angah nampak lagi tua dari dia"

dalam hati aku cakap "Encik Bekas , kenapa laa muka ko baby face sangat" T.T

mama cakap lagi , "angah , cuba tengok baju kat kedai . banyak kan lawa ? kenapa angah takpilih semua nya ?"
 
senyap .
 
"sebab angah rasa tak sesuai dengan angah kann ? memang lawa , tapi angah cuma mampu melihat bukan untuk memilikinya . sebab tak sesuai dengan angah"

sebaaak .

statement ringkas tapi menusuk jauh ke dalam lubuk hati . sakit , pedih . namun tu hakikat yang aku perlu terima . aku nak nangis boleh ? :'/

kesian kan aku . 

p/s: sebelum wujudnya langit dan lautan , Allah telah menetapkan jodoh hambanyaa *smile*

haha , sekian entry ngengada aku , fihizillah , Assalamualaikum :'D

Vampirestat

 
harini aku nak cerita pasal Vampirestat . semenjak dua menjak ni , traffic blog aku naik senaik naiknyaa . oke nampak tak , naik sesangat tuhh . memula heppi gak ah sebab aku bajet ramai jugak yang view belog usang aku nih . tapi aku tetap wonder apesal laa naik luar biasa pelik nyee . aku pun cek ah traffic sources tuu dari mana dan ini yang aku jumpa -.-'

 


mula-mula rasa eksaited nak mati ahh sebab laman web Vampirestat ni jadi referer site ke belog aku . tanpa ragu-ragu dan syak wasangka aku pun terus klik link tuu . dan tu perkara adalah antara perkara yang TERteruk pernah aku buat :'/

lepas aku klik link tuu keluar laman web Vampirestat macam kat bawah ni .


tapi aku takpaham ape bende laa yang laman web ni view . maka aku pun gugel laa untuk mengetahui apekahh VAMPIRESTAT ni yang sebenarnya . dan ini yang aku jumpa:

"Vampirestat dan adsensewatchdog ni adalah auto spammer system yang akan hantar sekumpulan traffic pada sesebuah blog. Bila korang klik link tu bersedialah untuk backup contents blog korang sebab blog kita mungkin dah tak selamat lagi. Masa tu blog kita da jadi platform untuk meningkatkan ranking website tersebut."

"Kesan buruknya adalah ranking website Google akan jatuh dan ranking blog kita juga akan jatuh dan susah nak jumpa dalam Google Search Engine"
 
credit to belog Qiya Saad :D

see ? menyesal aku klik laman web tuhh . korang jangan klik tau . patot ah audience yang singgah kat belog aku ni ramai dari United States . aku syak , ni gegara Vampirestat ah ni :/


oke , tu jee untuk kali ni , Fihifzillah , Assalamualaikum :D

Kerana Hakikatnya FUTUR Itu Lemah dan Sifatnyaa Melemahkan

 
FUTUR itu lemah . sifatnyaa pula melemahkan .
 
jika seorang ketua keluarga futur , maka futur la pula jemaah keluarganya yang lain . 
jika seorang murabbi futur , maka futur pula anak didiknya . 
jika seorang kakak futur , maka futur pula adik-adik di bawah nyaa . 
 
apa itu FUTUR ?
 
Penyakit futur ini menukar sama-sekali perlakuan pelakunya daripada seorang RAJIN dan semangat bekerja kepada sikap MALAS, putus asa, menunda atau berlambat-lambat melakukan pekerjaan.
 
Maksud FUTUR menurut Angel Pakai Gucci

 


 
nota kaki: sedang berlawan dengan penyakit FUTUR ni taim cuti . masa lapang adalah permulaan FUTUR . aigooo -.-'
 

Kalau Kau Kawin Orang Taknak Datang Acano ?

 
hai haii . dua hari lepas ada orang yang request aku suruh intro myself kat ask.fm . tapi aku taktahu laa sape . so aku printscreen ah jawapan aku kat sini . bapak ringkas jawapan aku . so , kalau nak kenal lebih lagi bolehh ada kita kat facebook ehh ? ehh ? *HAHA . bajet ramai jee nak kenal . menyampah :P
 
ni jawapan aku . simple giler kenn ?



oke , tuu intro jee . ekceli harini aku nak share satu story nihh . aku rasa korangg perlu tahu so aku semadikan cerita tuu kat belog usang aku nihh . hiks :3 
 
situasi: dalam bas , duduk sebelah seorang pakcik , aku berbaju kurung 
setting: tinggal dalam masyarakat Bajau 
 
pakcik: minggo kau nak ? ( nak pergi mana nak ? ) *pakcik tuu berbahasa bajau dengan aku*
 
aku: tak Telipuk pacik . ( nak pergi Telipok pakcik ) *ringkas aku balas*
 
pakcik: nyak kau leman kenduri tak Tajau dau ? ( tak pergi kenduri kat Tajau dulu ke? ) *pakcik tuu tanya lagi . lebih kurang gini ah soalan dia harituhh , aku pun tak ingat . ataupun soalan dia complicated lagi . sampai aku pun takpaham apa dia tanya aku*
 
aku: *buat muka blur kat pakcik tuhh* *aku takdapat tangkap dia tanya apa ekceli*
 
pakcik: *ulang soalan yang sama*
 
aku: pakcik , saya nda pahamm -smile- ( pakcik , saya tak faham ) *selambaa aku balas*
 
pakcik: astagaa . anak siyen kau ni ? ( astagfirullah , kau ni anak sapee ? )
 
aku: anak Ustaz Zul pakcik . *bapak aku kindda terkenal kat tempat nihh*
 
pakcik: patut laa . kau tinguk bapak kau . bagus diaa , pandai dia cakap Bajau . lancar tuu . belajar kau bhaa . ( patut laa . cuba ikut ayah kau tuu . dia pandai cakap Bajau . lancar jee . kau belajar lahh ) *pakcik tuu dah tak cakap Bajau dengan aku . so dia cakap bahasa Sabah standard jee*
 
aku: yaa , pakcik . nanti belajar jugak ni . ( ye pakcik . nanti saya belajar )
 
pakcik: napa kau nda pergi kenduri sini ? nanti kau kawin , teda yang datang . ( kenapa tak pergi kenduri kat sini ? nanti kau kawin takde yang nak datang )
 
aku: pergi kenduri jugak ni pakcik . tempat kawan . kawin dia ni hari . ( saya nak pergi kenduri jugak ni pakcik . tempat kawan . dia kawin hari ni )
 
pakcik: bhaa . 
 
pastuu , beberapa perbualan berlaku antara kitorangg sebelum kitorang sampai kat destinasi .
 
apa , yang aku nak cakap , bila kita kat tempat orang kita kena laa pandai bawak diri . kena belajar adat dan cara dorangg . yes . aku tinggal Sabah , tapi aku bukan orang Sabah sebenarnya . parents aku asal Pahang . just bapak aku yang masa posting kena mengajar kat Sabah . so , that's why family aku stay sini . 
 
and , aku wonder . memang camtu eh ? kalau kita takdatang kenduri orang nanti kita buat kenduri orang taknak datang . aku taktahu pulak *maafkann patik . budak-budak baru nak up cenggini laa* hiks :3
 
p/s: ohyee , lupa nak bagitahu . kalau masyarakat Bajau dorang memang guna Aku-Kau jee sebagai ganti diri . even anak-anak cakap dengan parents pun akan guna Aku-Kau . untuk orang yang takbiasa dan taktahu mungkin dengar agak kasar kann ? tapi aku dah membesar kat sini , so aku rasa mende tuh dah macam biasa jee sekarang . lai lai .
 
oke , tu jee untuk kali ni , ma'assalamah , fihifzillah , Assalamualaikum :)

Cute Song For You :D

 
hai haii . harini aku nak share satu lagu yang best . sumpah best . first taim aku dengar , aku dah suka kat lagu ni . *adik aku yang bagi aku dengar* . pastuu aku cari laa lagu asal dia , takjumpaa *ekceli tajuk lagu dia pun aku taktahu . teheee*. rupanya lagu ni merupakan lagu nasyid kat sekolah menengah mana ntah . aku tak ingat . hik hik :3
 
oke , jom dengar ~
memang versi Tom Cat jee yang ada pun :3
 
 
 
Ya Allah ,
 Kurniakanlah ketenangan dunia akhirat ,
 Hindarkan kami api neraka ,
Limpahkan kami nur hidayah Mu ,
Cintakan bunga akan layu ,
Cintakan manusia akan mati ,
Cintakan Allah kekal selamanya ,
Itulah cinta ,
Cinta yang hakiki :D

***

best tak ? best tak ? I told youu . HAHA . tu jee untuk kali ni . bai bai , Assalamualaikum :D

DIA Tempat Bersandar :')

 
harini aku nak share satu cerita . satu cerita yang mungkin bakal menyedarkan kita , mungkin bakal membuka mata kita dan juga mungkin akan men'transform'kan diri kita dari seorang yang biasa-biasa menjadi seorang yang luar biasa kebergantungan nya kepada pencipta ? cewahhh . transform bagai . macam biasa cerita ni aku baca kat pesbuk , senior aku yang share :D


dah sedia dengan popcorn dan air stoberi ? jom sesama hayati :D

***

Kisah sebuah keluarga Ahlullah. Sepasang suami isteri selalu mendidik anak mereka bahawa yang memberi rezeki ialah Allah. Sebelum makan, mereka akan menyuruh anaknya solat 2 rakaat memohon kepada Allah agar diberikan rezeki. Setiap petang apabila pulang dari sekolah, ibunya akan menyuruh anaknya bersolat 2 rakaat dulu seperti biasa. Inilah kebiasaan yang anak itu akan lakukan selama beberapa tahun. 
 
Suatu ketika, pada hari pertama, anak pulang dari sekolah dan bersolat 2 rakaat. Selepas solat, dia membuka tudung saji dan nampak makanan yang telah disediakan ibunya lalu terus makan. 
 
 Pada hari kedua, selesai solat, anak itu membuka tudung saji tapi tiada makanan. Lalu dia pergi ke periuk, di situ ada makanan yang telah disediakan ibunya lalu dia pun terus makan. 
 
Pada hari ketiga, selepas selesai solat, anak itu tidak menjumpai makanan bawah tudung saji dan dalam periuk. Tapi ibunya telah tinggalkan di dalam kabinet dapur. Lalu dia pun terus makan. Begitulah yang berlaku selama beberapa tahun. Tapi Allah nak tarbiah anak ini. 
 
Pada hari berikutnya, si ibu bergegas menghadiri pengkebumian saudaranya dan terlupa untuk memasak makanan anaknya. Selepas saudaranya itu dikebumikan, si ibu bergegas pulang dan di dapati anaknya sedang menunggu di depan pintu sambil tersenyum. Lalu anaknya pun berkata, "Sedap betul lauk ibu masak, tak pernah rasa masakan ibu yang paling sedap macam hari ni." Ibunya terdiam lalu bertanya apa telah terjadi. Si anak menjawab, "Saya pulang dari sekolah, lepas solat saya turun makan check tudung saji takda makanan. Check kat periuk pun takda. Check kat kabinet dapur pun takda. Saya rasa solat saya tadi banyak cacat cela lalu saya bersolat sekali lagi. 
 
Selepas tu saya check masih takda makanan kat semua tempat tadi. Mungkin solat saya masih Allah belum terima sebab sebelum ni takda problem pun. Saya pun solat lagi sekali untuk kali ketiga, perbaiki supaya lebih khusyuk dan mohon kepada Allah. Apabila saya turun, makanan telah terhidang di atas meja dan lauk dia yang paling best pernah saya rasa. Ibunya masih dapat mencium bau lauk yang wangi itu yang masih melekat dari mulut anaknya. 
 
Orang alim bagitau, makanan tersebut Allah hantar cash dari syurga. Ibunya dikisahkan pergi juga ke dapur tapi tiada apa-apa yang dilihat. Ganjaran tersebut hanya untuk si anak. Apabila keyakinan kepada Allah 100%, maka di situlah bantuan Allah sampai melalui perantaraan solat seperti yang berlaku pada zaman Nabi s.a.w dan para sahabat r.hum dulu. Firman Allah, "Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan solat, dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa." Taha 20:132 Hanya Allah Maha Mengetahui.
 
***
 
cuba tanya diri kita pula , sejauh mana kita letakkan kebergantungan pada Allah ? mungkinkah sekadar yakin tak yakin ? atau hanya sekadar omongan kosong di bibir ? atau memang Allah tempat kita bergantung infinity peratus ? nampak tak infinity bagai  . tepuk dada tanya iman :')


bilamana kebergantungan kita letakkan 150% kepada Allah , maka sesungguhnya pertolongan Allah itu sangat dekat . HAHA . sajaa bagi over sikit peratus tuu .

wallahua'lam , fihifzillah , Assalamualaikum :)
 

Textraphrenia

 

 Textaphrenia : A disease found in teens, in which they have heard or felt a new text message vibration when there's no message.
 
I have this -.-'

Globophobia.

 
 
hai hai . tadi , masa aku blogwalking , aku ada terbaca kat satu entry "Wordless Wednesday" kat rakan blogger pasal 'Globophobia' . tapi internet aku pulak buat hal , so aku tak dapat nak tengok gambar ape yang kena share coz gambar tak load habehh *pity me* -.-'
 
 
GLOBOPHOBIA . festaim aku jumpa perkataan ni . aku wonder fobia jenis apekahh ? otak aku ligat berputar tapi tetap takde jawapan :/  tapi disebabkan perasaan ingin tahu aku yang membuak-buak , aku pun cari laa kat gugel ape tuu "Globophobia" . hik hik . *sila marah aku . ni laa effect jarang membaca* :3
 
Globophobia : ketakutan pada belon 
 
oke , aku dah jumpaa . then tetiba teringat kat klasmet aku yang jugak takut belon *senyum jahat* hehehe XD
 
selalunyaa orang yang menghadapi Globophobia juga menghadapi Phonophobia (ketakutan pada suara yang kuat , sudden noises) . penghidap Globophobia biasanya taksuka menghadiri majlis-majlis keramaian seperti jamuan , birthday party dan apa-apa festival yang banyak belon . fobia jenis ni taksama dengan fobia-fobia yang lain yang ramai penghidap dan boleh dijumpai di sana sini , tapi still mempunyai bilangan penghidap yang ramai (no wonder laa aku takpernah dengar . haha . boleh macamtuu ?) *tangan di bahu* :P
 
 
 
kebiasaanya , penghidap Globophobia takkan datang dekat dengan belon walau seinci apetah lagi menyentuhnya . dan kemungkinan besar boleh nangis bila orang letak belon dekat dengan dia *tetiba teringat majlis kat dewan harituu . tehee*  
 
dan ada yang lagi kronik iaitu apabila mereka langsung taknak keluar rumah kerana takut mungkin belon ada di mana-mana . fuhh , yang ni dahsyat .
 
psstt . ekceli aku lupa blog mana yang aku baca tuu . so takdapat nak letak link tanda credit kat sini . tadi cari kat history takjumpa sebab banyak sangat link :/ so , kepada tuan belogg , deeya ucapkan terimakasihh tau ? kalau baca entry deeya ni , tinggalkan laa link kat sini . boleh deeya letak dalam bloglist .
 
tu jee , fihifzillah , Assalamualaikum

Tips Color Block.

 
 
hai hai . hari ni aku nak share sikit pasal colour block . ekceli , a bit outdated bila aku nak cerita pasal tips nih since dah lama orang pakai blocking-blocking nih . tapi , harituu aku nampak ada orang yang pakai colour block tapi tak kena gaya ahh . dan benda tuu buat dia nampak macam badut -.-' ( maafkan hamba . walaupun pahit hamba terpaksa katakan jua :'D ) bukan apa , banyak sangat warna >.<  ekceli , aku pun bukan reti sangat bab fesyen-fesyen ni tapi aku share sekadar yang aku tau laa .
 
colour block memang lawa . tapi bila tak kena pada cara , you'll end up like a clown ! *serious talk*
 
 


 
Tips :
 
1) jangan pakai lebih dari 3 warna dan pakai pakaian 'plain'.
 
2) analogous colors.
- analogous color ni, pemilihan warna yg dari nada yg seakan sama (cer tengok gambar kat atas)
 - contohnyee :
# light blue + green + yellow-green
# yellow-green + yellow
# hot pink + purple
# red + pink
 
3) triadic colors.
- triadic color ni pulak color yang bertentangan dalam bentuk segi tiga. maksudnya segi tiga dalam color scheme di atas.
 - contoh:  
# yellow + red + electric blue
# electric blue + red
# yellow + red
# green + blue
# turquoise + pink
 
( aku prefer pakai dua kaler . kalau 3 kaler tu macam over sangat ah :3 )
 
4) complementary colors.
- complementary colors pula kaler yg bertentangan antara satu sama lain dalam color scheme.
- contoh :
# purple + yellow
# yellow + blue
# pink + green
# orange + blue
 
(boleh gak kalau nak combine 3 kaler . ikut kreativiti laa)
 
oke , tu jee laa aku nak share . harap , perkongsian yang kecil ni beri manfaat yang besar . cewahhh:D andd , aku pun nak senaraikan kaler block yang aku minat . yang aku takminat tuu memang aku takpakai langsung .
 
1) pink + turquoise
2) electric blue + pink
3) electric blue + yellow
4) red + yellow
5) purple + hot pink
6) coklat + pink
7) light blue + pink
 8) light green + pink
 
aku pun tak ingat kaler ape lagi . btw , nampak tak , aku main dua kaler jee . hihi . teringin gak nak pakai seluar yang menyala-nyala tuhh , tapi malu laa puloks :3  tapi kalau korang berani pakai silakan . gojes kot . cuma aku jee takod :P
 
psstt . ekceli bila aku nak pakai blocking , aku takpernah pon rujuk wheels ni . leceh kot . haha . apa yang aku rasa lawa , aku rembat jee XD
 
kbaii , Assalamualaikum :D:D

TARBIYYAH . BERUBAH . ISTIQAMAH . DAN MUJAHADAH

 
setelah sekian lama aku tak update belog , hari ini aku muncul lagi untuk menhapdet entry terbaru belog aku nihh . teheee :D oke , semenjak , dua menjak , tiga menjak ni aku agak bizi . well , bizi dengan esaimen , bizi dengan tugas AJK , bizi dengan itu ini , bizi huhaa huhaa . bizi berjimbaa . *ehh ?* hihihi :'3 so , sekarang alhamdulillah . musim esaimen sudah pun tamat . aku dah hantar semua esaimen pada hari khamis lepas . perghh , memang heaven giler ahh kann . setelah sebulan lebih dok pikir pasal esaimen , akhirnyaa aku bebas ! aku bebas ! *bebas laa sangat kann* lepas ni exam pulaa yang menanti -___________-
 
hari ni aku nak cakap pasal TARBIYYAH . BERUBAH . ISTIQAMAH . DAN MUJAHADAH . oke , aku pasti dan yakin korang mesti biasa dengar perkataan dan istilah ni kann ? kalau tak biasa pun , paling kurang pernah dengar ? semua orang perlukan TARBIYYAH . selepas ditarbiyyah perlu simpan cita-cita untuk BERUBAH . dann nak berubahh pula perlu ISTIQAMAH dan yang paling penting MUJAHADAH dalam melawan nafsu . (ada yang takfaham kee istilah yang aku guna ? bolehh kot tanya En. Gugel ehh ?)
 
cer tengok dunia sekarangg . maksiat berleluasa , pecah amanah di mana-mana , rasuah sudah jadi perkara biasa , adab pekerti entah ke manaa . lihat laa . ini kahh yang mereka dok sibuk huhaa huhaa cakap , "syukurlaa Malaysia masihh aman" ? *ehh , emosi lak aku tetiba . hehee :'3* *oke, serius semulaa* ini kahh erti keamanan abadi ? jadi , bagaimana kita nak rawat virus-virus maksiat ini ? bagaimana kita nak bersihkann karat-karat jahiliyyah ini ? 
.
.
.
 
yee , betul . TARBIYYAH laa jawapan nye . 
 
10 Sifat Tarbiyyah
dalam tarbiyyah ini kita dididik , kita dibimbing , kita diajar menjadi MANUSIA . amboihh ko mardeeya . sedap mulut ko jee cakap camtuhh . dah tuu , selama ni tak cukup MANUSIA kee aku haa ? *ehh , ada ke orangg cakap camtuuhh* hehee . maksud aku tarbiyyah ni yang JAGA dan PELIHARA fitrah kitaa . dalam tarbiyyah ini kita diajar mengurus fitrah kita . dann dalam tarbiyyah ni juga kita bentuk IMAN kita kepada Allah . ohsemm kann bunyi nyee :'3 insha Allah , selama mereka yang ikut tarbiyyah ini ramai yang telah BERUBAH . yang jahil menjadi tahu . yang baik menjadi semakin baik . yang warak bertambah keimanan dan keyakinan kepada Allah . Allahu , indahnyee *terasa macam berasa diawang-awangan sekarang ni*
 
nak BERUBAH memang senang . tapi nak ISTIQAMAH ? 
*krik , krik bunyi cengkerik* 
 
 
betul , nak istiqamah perlukan MUJAHADAH . mujahadah melawan nafsu . LITTLE BUT OFTEN . aku suka guna istilahh ni . nak berubah tak perlu ekstrim sangat . kalau sebelum ni suka pakai yang ketat , takperlu esok nyaa terus berjubah purdahh . kalau sebelum ni suka tengok korea nangis-nangis , tengok runningman terbahak-bahak , esoknyaa takperlu padam semua cerita tuu dan mula muat turun ceramah-ceramah agama . kalau mampu buat macamtuu silakann , kalau tak mampu , takpee sayang kita buat sikit-sikit , pelahan-pelahann . *pujuk diri sendiri sebenarnyaa* :'D
 
 
oke , tu jee aku nak cakap entry kali ni . hihi . lama tak membebel , sekali membebel panjang pulaa jadi nyaa . tengs untuk membaca .
 
p/s: untuk kak Wirda Amir , hihi , deeya dahh update new entry . selamat membaca . IMISSYOUTOO , Ich Vemisse Dich Auch :)
 
Assalamualaikum .

Mereka Inspirasiku :')

 
tadi aku godek-godek lappy aku dan tengok gambar-gambar lama . tetiba aku jumpa gambar kat bawah . andd aku sebak tengok gambar tuhh :'/ *nangis laju-laju*


ni gambar masa aku dapat anugerah tokoh pelajar masa graduate pas SPM dulu . aku tengok muka mama abah nampak heppi dan bangga jee . aku sebaaak ! masa aku dapat anugerah ni , mama abah iring aku sekali naik pentas . mesti dorangg bangga sangat taim tuu kan , dapat iring anak terima anugerahh . tengok muka abah buat aku menangis . muka penuh harapan , mungkin terasa pengorbanan dia selama ni terbalas kann .

then aku baca kata-kata yang aku tulis atas gambar tuu , "akan ku balas jasamu dengan kejayaan demi kejayaan". aku tulis ayat tuu taim form 5 . dann bila aku baca sekarang , aku sentaap ! sentaap ! aku banyak lalai . banyak main . banyak buang masa . tak serius belajar , kononnye penat struggle taim SPM . tapi aku lupa , aku pernah berjanji dulu nak hadiahkan ibu bapa aku dengan kejayaan demi kejayaan . nangis T.T

mama , abah . maafkan angah . angah tak serius belajar . tapi angah janji , angah akan buat mama abah bangga . that's my promise :')

Jodoh yang Baik ?

 
 
Jodoh yang baik : 
 
Selepas melakukan solat ISTIKHARAH, Bila dengar nama dia, kita rasa tenang. Hati rasa tenang. Itulah jodoh yang baik :)

Setitik ilmu. Sejuta makna.

 

oke , kat atas tuu semuanyaa buku-buku aku . lawa tak aku susun ? bhahaha *lempang pipi sendiri* *behave! behave!*

oke ekceli aku nak share satu hadis nihh . hadis pasal ilmu dan manusia. Hadis Sahih (riwayat al-Bukhari no 79 dan muslim no 6093)

Rasulullah telah membuat satu perumpamaan tentang HIDAYAH  dan ILMU. hidayah dan ilmu ibarat HUJAN lebat yang turun ke bumi.  manusia pula ibarat TANAH bumi. Kemudian Rasulullah membahagikan tanah ini kepada 3 JENIS: *haa , cuba peraati sikit korang tanah jenis mana ?*

Jenis pertama; Di antara tanah itu ada yang suci dan baik boleh menerima air, lalu tumbuhlah rumput-rumput yang banyak diatasnya

Jenis kedua; Di antara tanah itu pula ada yang tidak menumbuhkan tanaman, ia menakung air maka dengannya Allah memberikan manfaat kepada orang ramai, mereka minum dan bercucuk tanam.

Jenis ketiga; Hujan menimpa tanah ini, namun ia hanyalah tanah yang gersang, tidak mampu menakung air dan tidak pula dapat menumbuhkan rumput.

faham tak simbolik hadis tuu ? Apa signifikan bagi tanah-tanah tersebut ? dapat dah ke ?? *siapa betul aku spen cecoki* :3 hee . oke , jom cikidaut! (baca: check it out) LOL.

tanah 1: ia menggambarkan golongan manusia yang memerima ilmu dan hidayah dari Allah s.w.t lalu beramal dan manfaatkan untuk diri mereka sendiri serta untuk kemanfaatan orang lain dengan menyebarkannya.

tanah 2: ia menggambarkan golongan yang juga baik .walaupun mungkin mereka tidak begitu mengambil faedah dari ilmu itu, tapi berjaya menyebarkan pada orang lain.

tanah3: golongan ini langsung tidak mahu menuntut imu, dirinya juga tidak memberikan apa-apa manfaat kepada orang lain.

so , korangg tanah jenis hapee ? tepuk dada tanya iman . kbaii , salamullah alaikum :D

ABAH

 
Sekadar kongsi cerita. beberapa hari lepas, aku scroll home fesbuk dan aku nampak rakan fesbuk aku share cerita ni. maka aku pun mengabadikan kisah tersebut dalam belog aku nihh supaya korang pun tersentuh macamana aku tersentuh harituhh . muehehe :'3 *pun boleh macamtuu*


***
Pagi tadi:
Pergi ke bank, bayar hutang kat cash deposit atm. Di belakang, ada seorang pakcik berdiri.

Nak, boleh tolong saya?
Ya, boleh pakcik.
Tolong saya masukkan duit sebab selalunya ada pegawai yang tolong.
Hari ini cuti public cik..

Duit untuk anak pakcik ya?
Ya.dia belajar di selangor - UIA.

Duit dimasukkan untuk anak pertama.
Berjaya.
Kali kedua, jumlah yang sama dimasukkan untuk anak kedua. tapi kali ini ada rm10 5keping, rm50, rm100. Semua duit masuk dalam mesin tapi yg rm100 keluar semula. 2kali.

Pakcik ada duit lain?

Tak ada nak.

Sempat mata ini menjeling ke dalam porch pakcik itu (maafkan saya). Tinggal RM7 sahaja.

Hati mula tersentuh.

Cuba lagi masukkan.
Moga dipermudahkan.
Alhamdulillah berjaya.
Jelas rasa lega terlihat di riak wajahnya.

Berlalu tapi perlahan..

Ingin kutahu dia naik apa..

Motor.
Dalam hujan renyai.
Terlihat wajah kepayahan.
Mengalir air mata.
Semoga pengorbanan seorang ayah itu diberi ganjaran syurga.
Belajarlah sungguh-sungguh wahai anak-anak kepada pakcik itu.

RM400 untuk 2 orang anak.
Sikit untuk dirinya memadai..
***

Moga ALLAH memberkati pakcik itu.
Moga ALLAH luaskan rezeki semua ayah di luar sana.
Moga ALLAH kurniakan kesihatan yg baik untuk ABAH yang selalu saya sanjungi..

Kepada semua pelajar:
Belajarlah sungguh-sungguh untuk membalas jasa ibubapa kita

tetiba teringat ABAH kat rumah susah-susah cari duit nak tampung aku adik-beradik supaya tengok kitorang selesa, supaya dapat tengok anak-anak nyaa serba cukup macam orang lain. tak mahal pun takpe, ABAH ajar kami erti SYUKUR :'D

ABAH. my hero, my first love :')
tu jee untuk kali ni , moga entry kali ni bermanfaat *kesat air mata*. fihifzillah, salamullah alaikum :)

Petua Kurangkan Beli Pakaian Mahal

 
sila ambil perhatian, terutamanyaa tuan belog sendiri yang kaki shopping nihh ! hahahahasyuuu ~

ni laa rupa orang yang suka berbelanja dengan rakus nyaa . *aku tau muka tuu nampak sakai. bhahahaha :3
 p/s: tetiba datang mood nak update entry memalam . kbaii :3

USRAH ? Apekahh ?

USRAH ibarat seorang yang sedang mencangkul tanah. mereka hanya nampak pada zahirnya, namun mereka tak tahu sebenarnya kita sedang membina batas.
begitu juga usrah, mereka nampak kita hanya sekadar berhimpun dan berbincang tetapi mereka sebenarnya tidak tahu sebenarnya kita sedang membina semula ISLAM dalam hati kita :'D
tak tau ape itu USRAH ? oke takpe takpe . usrah tuu , satu perkumpulan kecil (biasanya 5 hingga 8 orang) yang dibentuk atas dasar persaudaraan untuk mendalami ilmu agama dan saling tolong menolong dalam pelbagai aspek kehidupan. jom berukhwah dan berusrah hingga ke Syurga ? jom jom ? *wink wink*
 
tu jee untuk kali ni, fihizillah, salamullah alaikum :)

Break ? Clash ? Putus ?

 
Student Kimia : Saya banyak terdedah dengan bahan kimia, saya takut tak dapat beri zuriat. Kita berpisah eh? "

Student Fizik : "Saya belajar pasal fizik kuantum yang tak nampak, jadi saya tak nampak awak dalam diri saya. Kita clash"

Student Matematik : "Saya dah buat kira-kira guna limit function, memang sampai sini saja limit perhubungan kita"

Student Biologi : Maaf, saya dah jatuh cinta dengan serangga dan tumbuh-tumbuhan. Bukan dengan awak lagi"

Student Pergigian : "Saya tahu yang cinta awak palsu sepalsu gigi palsu! Nyenyenye."

Student Perundangan : "Talk to the hand, see you in court!"

Student Sains Politik : "Awak dah tahu saya ni Pro-M, yang awak undi Pro-Aspirasi pasal apa? Kita break!!" LOL

Student Seni : "Gaya awak tak cukup abstrak untuk menambat hati saya. Maaf.


Player: "Aku saja nak game ko. Sorry, kita break" T.T

*oke , yang last sekali tuu aku pernah kena . rasa macam loser sangat time tuhh . but , a bad relationship should make you wiser for next time *well said* kann ? ape yang aku nak cakap , bila orang dah taksuke , dia akan buat macam-macam alasan nak berpisah . kadang-kadang alasan dia tak masuk akal pun tapi kalau dah tak hendak seribu dalih laa jawab nyee -.-' 

untuk orang yang pernah buat aku macam kat atas tuh , aku cuma nak cakap , "i pretend like i dont care but deep down i really still dont care . lalalala ~ ". andd "I'm not a backup plan for those who just think that love is a game !!!" *banyak betol tanda seru . nampak benor marah nyee . muehehe .

gambar ni takde kena mengena dengan entry tapi kartun tuu bermakna buat aku *kesat hingus*

oke , tu jee laa aku nak share kali ni . be wise kehh u olls , me too *sigh* . Assalamualaikum :'D