Mungkinkah Calon Jodohku .... Kematian ?

 


tadi , waktuu buka fesbuk , ada sorangg kawan dia share satu kisah dekat gerup . memula malas gak nak baca sebab agak panjang tapi perasaan ingin tahu aku mengalahkan rasa malas yang terbit . mungkin ituu gerak hati dari ALLAH ? *maybe* . secara jujur , aku sendiri terkedu baca kisah ni . ramai antara kita asyik fikir soal jodoh , nikah awal . seakan topik HOT dalam kalangan remaja seperti aku , tapi sebenarnyaa ada satu hal yang kita mungkin terlupaa iaitu terkadang kematian datang dulu menjemput sebelum tibanyaa jodoh . 
 
terkadang kita terfikir , kenapa jodoh aku belum sampai . kenapa aku di usia sebegini belum bernikah seperti orang lain ? berlapang dada lahh . sesungguhnyaa ALLAH telah merancang sesuatu untuk kamu . atau mungkin saja kamu bakal berjodoh dengan KEMATIAN ? *kesat hingus* maka berlaku ADIL lahh . sama tarafkan soal JODOH dan KEMATIAN , kerana kedua-duanyaa ketentuan dari ALLAH . jom kita ikuti kisah di bawah ini :'D
 
***

"JODOH".. Dimana saya bercerita dengan IBU.., "ibu, ada seorang kakak ni lawaaaa sangat. Tapi tak kawin lagi. Umurnya dah 30 tahun. Alim, baik, dah macam macam usaha dia cuba ibu, tapi masih satu pun macam tak datang melamar. Dia sangat gagah tau ibu." ibu hanya mampu tersenyum. Ayah juga.

Saya hairan. Kenapa?

Lalu ibu kata,"Mungkin jodohnya dengan kematian."

Terkedu. "Maksud ibu? Dia dah nak meninggal?"

"Bukan lah.. Maksud ibu, mungkin jodohnya yang ditetapkan oleh Allah tu sudah bertemu dengan kematian. Atau mungkin belum, tetapi hampir kepada kematian. Allah "simpan" dia. Mungkin kalau dia kawen, dan husbandnya meninggal, dia menjadi seorang perempuan yang lupa pada Allah? Sebab awak kata dia alim kan? Mungkin dia terlampau sayang dan tak boleh terima? Allah boleh je kawin kan diorang, tapi kan Allah kata, Allah kasi ujian kepada hambaNya yang mampu sahaja. Mungkin dalam soal ini, Allah tahu dia tak mampu nak tanggung. Jadi, Allah kasi dia ujian lain, dengan tak kahwin.

Oh,jadi sekarang saya faham, kenapa makcik umrah tu tak kawin, dan Allah tarik rasa nak kawin dekat dia. Ya, baru saya faham.. "mungkin jodoh makcik dengan kematian"

ibu sambung lagi.."jadi jangan berharap sangat untuk bertemu jodoh. Bukan ibu cakap, jangan tak fikir langsung pasal jodoh, tapi jangan terlampau "gila" kan tentang penemuan jodoh. Serahkan pada tanganNya. Menjadilah yang solehah. InshaAllah, kalau ada jodoh dan rezeki itu, datang jugalah ia kepada kamu.

Remaja zaman asyik fikir tentang jodoh, kahwin awal seronok. Tak pula diorang nak fikir, mati awal tu macam mana? Hish. Takut ibu. Kalau anak-anak ibu meninggal awal, entah apa yang hendak diorang persembahkan kepada Allah. Jodoh dengan kematian itu sayang, sama tarafnya. Tapi dalam memikir soal jodoh, kematian itu juga harus selari. Kerana jika hanya fikir tentang soal jodoh, kemana pula persiapan akhir kamu kelak? Jodoh takde takpe, amal takde macam mana pula? Ingat tu. Jodoh tu, orang kata "bonus" kepada setiap hambaNya untuk tambah pahala lebih lebih bagi wanita. Tapi amalan? Ia sendiri sendiri, sayang"

Saya diam. Betullah.

Kita ni, asyik nak jodoh jodoh, kawin kawin.
Kalau dalam Luh Mahfuz tu, pasangan saya tu ajalnya awal, maka saya punya jodoh tiada. Sebenarnya ada, cuma Allah tarik awal. Maka, takkan sepanjang hayat saya nak tunggu jodoh turun dari langit? Sedangkan "dia" yang Allah hantarkan tu sudah bertemu awal dengan PenciptaNya?
 
 ***
 
 p/s: renung-renungkan dan selamat beramal . fihifzillah , wassalamunalaik :)

11 comments:

S.K.A said...

betol 2..terfikir bila bca entri ni..mmg ajal, rezeki dan jodoh 2 ktntuan Allah..tp ajalh yg pling utama..sbb 2 kta kna sntiasa mgigati mati..stju bila dia kata jdoh 2 bonus..mcm manusia juga..yg pntg dalaman baik..kalau luaran pn baik..2 mknanya bonus bt kita =) nice sharing deeya..

Norazilawati Ahmad said...

setuju sangat dengan komen Blogger S.K.A ...memang ajal,maut,jodoh dan pertemuan semuanya ditangan Allah...manusia hanya merancang,Allah yang menentukan segalanya...:) norazhobbies

♥ iqwa-niera ♥ said...

Btul. msa awal thun ak bca ne crita dkt someone blog. and seriously. it makes me crying. yg skrg ne.org sbuk psal jdoh jak. sdangkn Allah bole trik nikmt yg dy kasi skelip mata.

diarykirani said...

betul tu..terleka sekejap dgn jodoh..padahal mati itu lebih dekat..tq dik share kn cite ni :')

Ida Syuhada said...

Ajal, maut, jodoh memang ketentuan Allah. Tapi ada gak orang cakap, jodoh kalau tak cari dan usaha mana nak jumpa?

Mizz Aiza (Dunia Kecil) said...

penah mendengar ceramah seorang ustaz menegnai 3 perkara yang memang dah ditetepkan di loh mahfuz sebelum kita dilahirkan lagi aiiatu rezeki, jodoh dan kematian.. kata ustaz tu, mungkin juga jodoh yang ditetapkan kepada kita telah meninggal dunia.. namun kata ustaz tu lagi, ketetapan takdir boleh diubah dengan usaha dan perbanyakkan memohon doa kepada Allah.. doa itu senjata orang mukmin..

june mohd said...

tak pernah terfikir pasal berjodoh dengan kematian...insaf!!!

syue wana said...

good..muhasabah diri.
ade yang da bertemu jodoh pun..
itu bukan hakiki..hanya pinjaman sementara.

jom singgah..www.freevitamin.my
tambah ilmu didada.
kerana ada yang istimewa

Khamsi Abdullah said...

Saya pernah terbaca tentang jodoh dan rezeki sebenarnya bukan qadhak dan qadar yang tetap. Kita boleh ubah dan kena berusaha mencari.

Wirda Amir said...

Deeya....

Alamdulillah akak terjumpa entry deeya nih....mungkin juga akak ni termasuk dlm golongan yg sama mcm kisah di atas tu....selepas ni akak tak mau fikir sgt pasal jodoh...biarlah Allah yg tentukan...Dia Maha Tahu apa yg terbaik utk hambanya..Allahhuakbar....couple kita sblm nikahh tak semestinya akan jd suami kitakan dik...hurmmmm

Pha Is said...

jodoh ajal semua ketentuan Allah..