Berpacar Biar Satu

Assalamualaikum :D


kata mamaku , "kalau punya pacar jangan banyak. cukup satu aja..."

satu di situ , 
satu di sini ,
satu di sana ... LOL


Assalamualaikum Rejab

Assalamualaikum semua. Salam 1Rejab gitu. hehe.

Lepas Maghrib tadi , telah masuk 1 Rejab 1434H . Ahlan Wasahlan Rejab , Ila Liqa' Jamadil Akhir:)

 
bila masuk je 1 Rejab, mesti semua orang cakap bahawa "buku amalan kita ditutup dan digantikan dengan yang baru". tapi ada yang mengatakan pendapat ni cuma Hadis Maudhu . nak tau ape hadis maudhu ? boley tanya En.Gugel . heheh :D

dan ramai mengatakan amalan yang dituntut pada 1 Rejab ialah PUASA SUNAT . oleh itu jom kita puasa ramai-ramai esok ? ala jom r *sambil kenyit-kenyit dua mata*


sebagaimana yg difatwakan oleh Syeikh Atiyyah Saqr, berpuasa di bulan Rejab hukumnya sunnat kerana ia termasuk dalam bulan-bulan haram dan ada hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud dari Abu Umamah AlBahili tentang puasa tersebut :)

Rasulullah pernah bersabda "barangsesiapa yang memberitahu berita rejab kepada yang lain , maka haram neraka baginya" <--- yang ni aku tak tau laa hadis Sohih ke tak , tapi ramai dok tweet kat twitter nuh .

DAN ! bila masuk jee bulan Rejab , ramai dok kalut bawak keluar hadis maudhu' laa, hadis kazab laa kononnya supaya ramai yang berlumba-lumba melakukan amal kebajikan. niat memang mulia tapi niat TAK PERNAH menghalalkan cara. ini 'dangeres' ye kawang-kawang kerana barangsiapa yang melakukan pendustaan ke atas Rasulullah maka dia telah menempah satu kerusi dalam neraka . harap maklum k . ada beranss ? HAHA .

tu jee untuk kali ini . tengs for reading . fi hifzillah dan salam 1 REJAB :D

Suara Siapa Tu ??

assalamualaikum korang :D

hari ni aku nak share satu kejadian PELIK yang aku alami baru-baru ni jugak la . *erk ! macam tu pon boley !*


ceritanya macam ni . hari tu aku rasa penat sangat-sangat , jadi lepas zohor kira-kira jam 3 petang aku pun tidur laa . memang nikmat takpayah cakap la kan . aku rasa tidur aku berkualiti giler hari tu . tapi waktu aku tengah tidur  tu *waktu tu lama dah tidur* tetiba aku dengar suara mak aku panggil aku " angah, angah bangun solat asar" . suara tu KUAT giler boleh tak ? aku tak tau tu mimpi ke ape . tapi suara tu memang kuat la dan datang dari arah dinding sebelah aku *katil aku tepi dinding* *mak aku kat SABAH dan aku sekarang kat TERENGGANU*


aku pun terbangun . aku tengok jam ma shaa ALLAH , dah jam 5.30 petang . aku tak solat asar lagi . aku cepat-cepat bangun dan duduk terpaku atas katil . suara apa tu ? sebijik suara mama . dahlaa aku sensorang dalam bilik waktu tu *aku tinggal kat hostel* . tanpa fikir panjang aku cepat-cepat ambik wudhu dan solat . even time tu aku masih tertanya-tanya , suara apekahh ?

kawan aku cakap , tu mungkin suara malaikat nak kejutkan aku bangun solat *maybe?*. tapi aku pun taktau laa sebab asrama kitorang tu agak 'scary' sikit . hehehe . korang rasa tu suara apee ??

mungkin tu je laa kot untuk kali ni . tengs reading . fihifzillah . wassalam :D