Setitik ilmu. Sejuta makna.

 

oke , kat atas tuu semuanyaa buku-buku aku . lawa tak aku susun ? bhahaha *lempang pipi sendiri* *behave! behave!*

oke ekceli aku nak share satu hadis nihh . hadis pasal ilmu dan manusia. Hadis Sahih (riwayat al-Bukhari no 79 dan muslim no 6093)

Rasulullah telah membuat satu perumpamaan tentang HIDAYAH  dan ILMU. hidayah dan ilmu ibarat HUJAN lebat yang turun ke bumi.  manusia pula ibarat TANAH bumi. Kemudian Rasulullah membahagikan tanah ini kepada 3 JENIS: *haa , cuba peraati sikit korang tanah jenis mana ?*

Jenis pertama; Di antara tanah itu ada yang suci dan baik boleh menerima air, lalu tumbuhlah rumput-rumput yang banyak diatasnya

Jenis kedua; Di antara tanah itu pula ada yang tidak menumbuhkan tanaman, ia menakung air maka dengannya Allah memberikan manfaat kepada orang ramai, mereka minum dan bercucuk tanam.

Jenis ketiga; Hujan menimpa tanah ini, namun ia hanyalah tanah yang gersang, tidak mampu menakung air dan tidak pula dapat menumbuhkan rumput.

faham tak simbolik hadis tuu ? Apa signifikan bagi tanah-tanah tersebut ? dapat dah ke ?? *siapa betul aku spen cecoki* :3 hee . oke , jom cikidaut! (baca: check it out) LOL.

tanah 1: ia menggambarkan golongan manusia yang memerima ilmu dan hidayah dari Allah s.w.t lalu beramal dan manfaatkan untuk diri mereka sendiri serta untuk kemanfaatan orang lain dengan menyebarkannya.

tanah 2: ia menggambarkan golongan yang juga baik .walaupun mungkin mereka tidak begitu mengambil faedah dari ilmu itu, tapi berjaya menyebarkan pada orang lain.

tanah3: golongan ini langsung tidak mahu menuntut imu, dirinya juga tidak memberikan apa-apa manfaat kepada orang lain.

so , korangg tanah jenis hapee ? tepuk dada tanya iman . kbaii , salamullah alaikum :D

24 comments:

Wirda Amir said...

Salam dik..

Cantik susunan buku tu...kemas las sangat...haha :P

perkonsian yg sgt baik ni..akak termasuk golongan yg mana ye...?hanya Allah yg Maha Mengatahui..harap2 biarlah yg pertama...kalau x dpt yg pertama...biarlah yg kedua..dan tk mau la termasuk dlm golongan yg ketiga.....

adibahfaizah said...

tepuk dada, tany iman..hmmmm, hope to be tanah yang first ...:)

Cik Chokie said...

Jazakillah khairan kathira ya ukhti atas peringatannya :') Sungguh mendalam hingga menusuk kalbu. Allahhuakbar. Mana satu yaa diri miza ni ? Allah allah :'( sungguh miza takutkan jika tak dapat amalkan malah menyampaikannya. Lagi-lagi sampaikan tapi tak diamalkan. Semoga kita semua menjadi seperti tanah yang pertama dan diredhai Allah serta diterima amalnya. :') Jazakillah khairan <3 Salam ukhuwwah abadan abada.

S.K.A said...

Jazakillah khairan kathira deeya =) perkongsian yg baik dan mmpunyai mksud yg mndalam..sma2 muhasabah dri, tgok diri kita yg mana..hrap bukan no3..

Nurul Farahizzati said...

semua orang nak menjadi tanah yang pertama.. kan? humm..

Mizz Aiza (Dunia Kecil) said...

perkongsian yang baik adik deeya.. semoga tak tergolong dalam golongan no.3 tu..

Sara Jungrara said...

nice sharing. hope x kan termasuk kategori tanah ke3

Lieya Von Jay said...

tak boleh nak agak tanah yang mana .. huhu..

Super Girl said...

kak wirda : hihi . maseh3 . *kembang hidung* inshaAllah semoga kita tergolong dlm jenis tanah pertama . takpun kedua :D

adibahfaizah: me too ! inshaAllah :)

fais: rasanya fais dah banyak kongsi ilmu . inshaAllah termasuk golongan pertama :D

farahizzati : no doubt :)

kak aiza : aminn :)

sara : i hope so *shiny eyes* :D :D

lieya : hihi . ikut fatwa hati :)

chicken_floss said...

nice sharing..:) thanks deeya..kadang berubah2 jugak diri ni...sshnya nak iqtiqamah buat satu bnda tu..huhu

Miss Xyz said...

Yeah saya rasa saya yang kedua. Yang pertama tu, belum mencapai objektif lagii...

Aku Penghibur said...

assalamualaikum cantik susunan tu , tepuk dada tanyalah iman... acik pun tak berani nak cakap acik yang mana

Raudzah Z said...

Salam kenal..SG..Nice sharing...and I want to be the first...and definitely tak nak masuk yang ketiga...

kacang buncis said...

salam...nak sebar nie mcm2 cara ada sekarang nie...kat blog pown kita boleh berdakwah kan....sama2 la kita menyebarkan ajaran islam....amin :)

Eiqa Almond said...

Lawa susun sebab nk masuk blog letuwwww :P :P

Bagus bagus, bagus entry nie..
Siapa yg tak tahu pun jadi tahu ^^

Aefa Aerisya said...

saya pon susun buku mcm tu, tp selalunya bertahan beberapa hari je susunan tu.. heheheh

mina zaim said...

nice sharing... :)

Nur Azwa Edora said...

BAGUS...susunan yang kemas.. hehehe :)

kopi pasta said...

muhasabah untuk diri sendiri~

Teena Tna said...

Kat rumah sy pun ada jgk susunan buku cmni...
Teringin nak jd tanah yg pertama tu, insya Allah..
Jazakallahi Khairan :)

Akmal Halim said...

moga kita tak tergolong dalam golongan ke 3 tu kan..sy dah update entry terbaru..jom cikidaut :P

Super Girl said...

chicken floss: sama-2 akak . betul , istiqamah tuu mmg susah. tapi yakinlahh , ganjaran Allah lebih indah :D

miss xyz: insha allah , dari belog punn kita boleh share ilmu :)

acik: tx acik . tp deeya tau acik kt mana :D

raudhah z: me too . definitely :)

kacang buncis: betul tuu . aminn :)

eiqa almond: hihi . tx jugak dtg belog deeya

aefa: hhi . alhamdulillah, setakat nihh susunan buku ni takpernah lagi berubah . hari2 ada proses pe'maintain'an :D

mina: tx :)

azwa: hihihi . maseh maseh *lompatlompat*

kopipasta: sama-2 laa kita :)

teena: inshaAllah :)

akmal: oke, cikidaut!

Nadiya said...

kene batang hidung...aduiiii... :p harap dapat menjadi insan yang baik dimata Allah :)

Pha Is said...

harap2 boleh tergolong dalam golongan yg pertama tu..