Inch Loss Journey

Saturday, November 25, 2017

Assalamualaikum.

*Warning: This gonna be a quite long entry. Bare in mind and get ready.*

Credit: Google

Harini aku nak bercerita pengalaman "inch loss journey" aku.

Dalam entry ni aku akan ceritakan:

1) Bagaimana badan aku naik mendadak dalam masa sebulan?

2) Bila aku sedar perubahan bentuk badan?

3) Apa yang aku buat bila sedar?

4) Apa tips untuk kembalikan bentuk badan kepada bentuk asal?

5) Berapa lama inch loss journey ni?

Kisahnya bermula masa aku tengah internship sebulan (30 Julai-24 Ogos 2017). Masa tu aku stress nak mati. Macam-macam pressure aku kena hadap sepanjang internship tu. So, aku handle stress aku dengan makan aiskrim, coklat dan makanan-makanan manis. Tidak lupa juga minuman-minuman manis tahap potong kaki. Serius. No joke.

Aku rasa happy bila dapat consume benda-benda manis ni. Panas hati aku ni seakan-akan terpadam dengan sejuknya aiskrim. Aku jadi lupa masalah aku kejap bila coklat sedang mencair dalam mulut. 

Dan sebenarnya ada scientific explanation pasal benda ni.

Aku terangkan secara ringkas dengan explaination paling mudah difahami okay? 

Apa yang terjadi sebenarnya ialah makanan-makanan manis ni mengandungi karbohidrat. Dan karbohidrat ni meningkatkan bilangan serotonin dalam otak.

Serotonin ni pulak sejenis happy hormone yang buat kita rasa gembira, bahagia, tenang dan sanak saudaranya.  Manakala kekurangan serotonin boleh buat kita rasa tertekan. (Secara tepatnya serotonin ni ialah sejenis neurotransmitter tapi kita make it short je laa kat sini ye)

So, itu lah yang terjadi. Aku asyik crave benda-benda manis ni bila aku stress. Malangnya, benda-benda yang aku consume ni tak sihat. Aku dapat benefits dari segi peningkatan serotonin tapi aku juga dapat extra fat, cholesterol and calories.

Sebenarnya aku boleh jee nak boost serotonin dalam otak dengan cara yang sihat. Contohnya consume buah dan sayur yang ada folic acid (vitamin B9) dan complex carbohydrates macam sayur-sayuran yang berserat, oatmeal dan whole-grain cereal.

Tapi takdenya masa kau stress kau mengidam sayur-sayuran. Membongak namanya. Lol.

Habis cerita tentang mengidam.

Dan sekarang jom kita berbicara tentang kesan buruknya.

Kesan buruknya, dalam tempoh sebulan, aku dah naik satu saiz. Dari M kepada L.

Dan part paling menyedihkan, aku tetiba takde baju sebab semua baju aku tak muat pakai. Aku tak tipu. Serius benda ni jadi.

Baju kurung aku semua tak muat melainkan 2-3 pasang baju kurung yang aku sengaja buat besar. Long sleeve t-shirt semua tak muat. Kalau pakai melekat kat badan macam pinjam baju adik melainkan 2-3 helai baju yang dulu menggelebeh kini dah muat. *Nangis depan almari*

Jubah aku tak muat weh. Bila sarung, rasa nak koyak bahagian pesak baju tu sebab lengan area biceps triceps tu membesar. Bukan membesar dengan otot, tapi membesar dengan lemak. Deal with it.

Dan part lagi sedih, aku kat asrama ada 3 helai jee seluar track. Tiga-tiga aku tak muat. Tapi aku pakai jee sebab jenuh wehh nak beli semua benda *Nangis*. Ni belum sedih, yang sedihnya, bila pakai seluar tu getah kat pinggang tu regang habis. Takde kendur dah, getah kat pinggang tu stretch sampai paling maksimum. Bila nak tanggal seluar tu, pinggang seluar lekat kat pinggul tak boleh nak turunkan. Masuk boleh, buka tak boleh pulak.  Aku kena paksa tarik ke bawah baru boleh bukak seluar.

Sesak nafas aku memikirkan saiz badan yang berubah ni. Masalahnya aku tak sedar benda ni. Tau-tau tetiba je baju tak muat. Skirt baju kurung, takboleh nak kancing. Aku tetiba ada spare part tyre. Dulu takde.

Mesti korang rasa. Hek eleh, saiz L jee pun. Tak. Ni bukan masalah saiz L jee pun, ni masalah aku takde baju. Aku pernah dok repeat baju yang sama jee sebab takde baju. Sendu betul.

Dan dari kesihatan aku, aku cepat semput. Aku rasa berat nak bawak badan. Rasa makin malas bergerak. Ye laa. Berat noks badan baru ni. Dan bila berjalan, paha ni asyik bergesel. Jenuh laa nak berjalan punn.

Aku sedar benda ni bila aku balik dari rumah kawan aku 4 September. Aku habis internship 24 Ogos. Esok harinya, 25 Ogos tu aku ikut balik rumah kawan kat Perak seminggu lebih. Kat rumah dia takyah cakap laa aku melahap. Mak dia rajin buat kuih dah laa sedap. Kerja aku jadi tong sampah je laa, menyumbat jee kerja.

So, bila aku balik maktab 4 September tu, kawan aku mula tegur badan aku naik. Ada laa part part yang dia spesifikkan. Aku telan air liur mendengarnya. Aku ingat aku je perasan, tapi bila orang tegur maksudnya benda ni obvious sangat dah laa. *Sesak nafas lagi*

Berat aku tak naik banyak. Cuma naik 2 KG je. Sebab tu aku panggil inch loss journey sebab berat tak naik banyak cuma ukur lilit aku bertambah. Aku makin melebar dan menebal. Lol.

Lemak-lemak ni tak bagi can langsung kat aku. Dia berkumpul kat semua tempat yang dia boleh. Aku rasa macam sebiji belon dah.

Berbekalkan kesedaran yang menebal dan rasa semput nak berjalan, aku pun berazam pada diri sendiri untuk mula kan inch loss journey pada 5 September iaitu sehari selepas aku balik maktab.

Dan bermula lah "Inch Loss Journey" seketul aku.

Aku rumuskan journey aku dengan 8 RULES penting:

1) Kurangkan portion nasi
2) Wajib makan nasi
3) Tidak skip 3 meal utama (breakfast, lunch, dinner)
4) Jogging 5 kali seminggu atau lebih
5) Kira kalori
6) Haram minuman bergula dan junk food
7) Banyak minum air kosong
8) Haram makan lepas isyak

1) Kurangkan portion nasi

Credit: Google

Biasanya aku akan makan nasi dengan portion 2/4 nasi, 1/4 sayur, 1/4 protien,

Tapi untuk journey ni aku makan 1/4 nasi, 2/4 sayur, 1/4 protien. Memula tak biasa noks. Lapar weh, biasa makan nasi macam gajah, ni kena makan ciput. Rasa macam lekat celah gigi jee tak cukup. Huks.

Tapi bila aku biasakan portion macamni, rugae aku macam mengecik dan perut aku boleh adapt dengan portion sebegini. Apa itu rugae? Google keh. (Aku minat Biology, so aku suka guna terms Sains ni. Ampunn)

2) Wajib makan nasi

Kalau mereka yang mengamalkan atkin diet, mereka ini takkan makan nasi. Sebab katanya, biar tenaga tu dapat dari lemak-lemak dari badan kita. Bila kita tak consume carbohydrate, nanti lemak-lemak yang bergumpal kat badan kita akan convert to energy untuk menampung keperluan tubuh.

Aku pun bekas pengamal atkin diet, dan aku tak boleh hidup dengan diet ni. So, aku beralih kepada diet style Kevin Zahari (makan nasi tak skip tapi makan sebesar satu genggaman tangan je)

Badan kita perlukan tenaga yang cukup untuk menjalankan fungsi-fungsi badan.

Untuk penurunan berat badan yang selamat, National Institutes of Health menyarankan tidak kurang 1000-1200 kalori untuk wanita dan 1200-1500 kalori untuk lelaki.

Walaupun semasa proses penurunan berat badan, adalah penting untuk memenuhi keperluan asas nutrien dan tenaga untuk badan. Pengambilan makanan yang tidak mencukupi akan menyebabkan kekurangan nutrien, lain-lain masalah sampingan dan masalah kesihatan yang serius.

Sebab tu laa, macam-macam mana pun aku akan pastikan keperluan kalori aku tak kurang dari standard yang sepatutnya. Dan makan nasi dengan portion yang betul takkan menjadikan pengambilan kalori berlebihan pun. (Jika pengambilan makanan lain pun kita kawal)

Sebab tu aku tak skip nasi. Rugi weh. Nasi is bae kutt.

3) Tidak skip 3 meal utama (breakfast, lunch, dinner)

Sebab aku ni sejenis manusia cepat lapar, maka aku makan dengan kerap. Tapi portion setiap kali makan tuu sikit jee la.

Dan jangan skip 3 meal utama ni. Sebab badan kita perlukan nutrien dan tenaga yang cukup untuk menjalankan fungsi badan.

Dah laa perut lapar, dapat pulak masalah kesihatan lain. Kita takmau laa jadi macamni kann.

4) Jogging 5 kali seminggu atau lebih

Yee. Untuk mengurangkan berat badan dan membakar lemak, tidak cukup hanya dengan menjaga makan sahaja. Kita perlu menjalankan aktiviti membakar lemak. Aktiviti yang paling sesuai untuk membakar lemak ialah senaman kardiovaskular. Dan aktiviti kardiovaskular pilihan aku ialah jogging sebab jogging ni mudah dibuat. Lol

Tambahan pulak aku ada Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud 2017 pada 23 September 2017 iaitu 3 minggu dari tarikh inch loss journey aku tu mula. So, aku ni macam serampang dua mata laa. Sambil nak menguruskan badan, sambil berlatih untuk larian nanti. Aku masuk kategori 12KM. Luls.

5) Kira kalori

Credit: Google

Benda ni wajib untuk pastikan pengambilan kalori setiap hari tidak melebihi keperluan sepatutnya.


6) Haram minuman bergula dan junk food

Credit: Google

Yang ni aku memang jaga betul. Ye laa, daripada aku minum minuman manis dan makan junk food yang berkalori tinggi tu, baik aku gunakan baki kalori aku untuk makan nasi. Aku jimat gilaa jaga kalori, takmau membazir kat makanan dan minuman yang tak sepatutnya.

Aku teruskan tak minum minuman manis ni sampai sekarang. Maksudnya dah 2 bulan laa aku punya amalan ni. Kadang-kadang kalau terliur aku rasa seteguk dua gitu je laaa.

Tapi since sekarang badan aku dah balik normal, aku dah tak strict macam dulu. Aku ambik jugak laa air manis kadang-kadang. Kadang-kadang je laaaa. Sebab pengharaman minuman bergula dan junk food ni aku jadikan gaya hidup sihat aku dah. Bukan aku amal masa inch loss journey aku je.

Sebab benda ni kalau kita tak jaga, nanti badan akan kembali kepada asal. Lebar, besar dan bulat. Kita takmau macam tu kann? So kurangkan minuman dan makanan tak sihat ni kena jadikan gaya hidup laa. Berapa kali aku ulang statement ni. Nampak tak penegasan dia tu. Lol.

7) Banyak minum air kosong

Tahukah anda? Aku breakfast minum air kosong jee wehh sepanjang inch loss journey dan sampai sekarang. Tak kisah laa sarapan aku makan apa sekali punn, minuman tetap air kosong. Ingat lagi tak aku cakap apa tadi? Nak jimat kalori kannn? Aku dah laa cepat lapar. So baik kalori tu aku guna untuk makan makanan yang mengenyangkan. Again, aku ulang. Har har.

Pernah tak lepas makan makanan berat, lepastu selang sejam ke dua jam korang lapar semula? Sebenarnya, korang bukan lapar punn. Berkemungkinan korang cuma tak cukup air dalam badan. Jadi badan hantar maklumat dehydration kat otak. Tapi otak tak interpret maklumat tu sebagai dahaga, tapi dia interpret sebagai lapar. So, kita pun pergi laa makan lagi tambah lemak padahal kita dahaga jee. So, bila baru lepas makan tapi lepastu lapar lagi, cuba minum air kosong dan tunggu 10 minit. Tengok, korang lapar lagi tak lepastu? Aku pernah try. Dan biasanya aku memang bukan lapar, aku dahaga je. Ye laa, kau baru jee melahap nasi, sejam kemudian lapar balik. Tak kee pelik tuu.

8) Haram makan lepas isyak

Dinner aku adalah selepas maghrib dan selepas isyak adalah HAROMMMM bagi aku nak dinner apa semua.


***

Nampak tak, diet aku bukan diet berlapar. Tapi sejenis diet yang makan dengan kerap tapi portion sedikit, di samping makan makanan yang berkhasiat, memperbanyakkan air kosong dan menjauhi makanan dan minuman yang tak sihat. Dan jangan lupa bersenam!

Ada orang ingat diet ni berlapar. Salah tu. Diet ni kan pengambilan makanan yang seimbang.

So, untuk yang nak kurangkan berat badan atau ukur lilit badan boleh laa try tips ni. Semua maklumat ni aku dapat dari pembacaan. Sebab sebelum aku mula diet, aku memang study betul-betul pasal benda ni. Aku baca blog-blog kesihatan, aku follow Kevin Zahari dan aku compare stail-stail diet yang ada. Semua maklumat yang aku dapat, aku kumpulkan dan comes out dengan diet cara aku. So, diet ni terhasil daripada pembacaan aku dari pelbagai sumber. Hihi.

Sebab diet tanpa ilmu susah jugak kann. Tapi bila kita diet beserta ilmu, kita dapat menjalankan satu diet dengan efisien tanpa membahayakan diri kita. Gituhh.

Plus, aku suka baca terms sains ni. So aku enjoy jee study pasal benda ni.

So, "inch loss journey" aku ni dah berjalan selama dua bulan. Aku pun dah dapat saiz badan asal. Spare part tyre kat pinggang ni dah hilang. Dah rata balik dah. Cuma aku maintainkan jee gaya hidup aku ni sebab tak salah pun kita jalani gaya hidup sihat. Kita nak pakai badan kita ni lama lagi kann (kalau panjang umur) so why not? Gituhhh.

Credit: Google

Dan aku tak pernah ukur pun ukur lilit sebelum dan selepas sebab aku takde pita pengukur tu dan takde usaha pun nak beli. Aku cuma ukur dengan pakai semula seluar-seluar yang ketat dulu, pakai semula skirt baju kurung yang aku tak boleh kancing dulu dan pakai semula t-shirt yang siksa dulu tuu. ALHAMDULILLAH muat! Part paling best, pingang seluar track aku dah tak regang sampai paling maksima dahh. Bila lucutkan seluar dah tak tersekat kat mana-mana dah. Hew heww. Satu pencapaian sangat!

Aku harap tips dan pengalaman aku ni dapat membantu sesiapa yang baru nak memulakan first step "inch loss journey" atau "weight loss journey".

Good luck! Kalau tak mula sekarang, bila lagi kann? Kita nak sihat, bukan?

Ohyee, kalau nak baca tentang happy hormone tadi boleh baca kat SINI dan SINI.

Bye!

You Might Also Like

25 comments

  1. DUii, kaka ni tahu jak semua tu harus dibuat, tapi disiplinnya lehaii kelaut. haha. Tahniah dhia sbb dpt kurangkan berat, susah tuuu, respect kaka. :D

    Eyqa of The Hundred Pages

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iyaa kakk. Kalau ada niat tu memang kena nekad habis, baru jadi. Mula-mula pun mau mati juga kak nda biasa kannn :D

      Delete
  2. good read here and yes agreed with everything

    jmput la join and meriahkan segmen GA kt sini

    http://www.raydahalhabsyi.com/2017/11/comeback-giveaway-by-raydah-alhabsyi.html

    ReplyDelete
  3. Jagan makan dan exercise InshaAllah boleh kurus. Tapi tulah cakap lagi senang dari buat.

    ReplyDelete
  4. Okayyyy, akak naik mendadak lepas preggy. Huwaaaa. So wishlist lepas deliver misi lost weight :'D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasa laa tuu bila berbadan duaa. Hihi.

      Jyeahhh. Good luck kak!

      Delete
  5. Mama pun badan naikngak ni kuat makan coklat beberapa minggu ninhuuhuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huhu. Bila datang mengidam tuuu takleh nak kata apa dahh :D

      Delete
  6. kalau BV part disiplin n exercise tu selalu kelaut. T^T

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannnn. Tapi bila dah nekad ni, sanggup redah apa semua. Beauty is pain orang kata :'D

      Delete
  7. ya, saya pun amalkan tak minum air manis, alhamdulillah, nampak kesannya. :)

    ReplyDelete
  8. Kira kalori tu yang paling Lya tak reti, lol.
    Anyway, nice tips, thanks for sharing :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. mor kira pakai apps jee. hihi. apps yang tolong kirakann :3

      Delete
  9. accidentally read that first picture as DIE...hahahahaha q(>w<)p

    ReplyDelete
  10. Wah cayalah kak! Tahniah berjaya diet! :)

    ReplyDelete
  11. Good info kak. GV suka baca artikel kesihatan cmnie. :D

    ReplyDelete
  12. Wah.. info yg sgt bagus.. thanks for sharing.

    ReplyDelete

LIKE ?