setelah sekian lama aku tak update belog , hari ini aku muncul lagi untuk menhapdet entry terbaru belog aku nihh . teheee :D oke , semenjak , dua
menjak , tiga menjak ni aku agak bizi . well , bizi dengan esaimen ,
bizi dengan tugas AJK , bizi dengan itu ini , bizi huhaa huhaa . bizi
berjimbaa . *ehh ?* hihihi :'3 so , sekarang alhamdulillah . musim esaimen sudah pun tamat . aku dah hantar semua esaimen pada hari khamis lepas . perghh , memang heaven giler ahh kann . setelah sebulan lebih dok pikir pasal esaimen , akhirnyaa aku bebas ! aku bebas ! *bebas laa sangat kann* lepas ni exam pulaa yang menanti -___________-
hari ni aku nak cakap pasal TARBIYYAH . BERUBAH . ISTIQAMAH . DAN MUJAHADAH . oke , aku pasti dan yakin korang mesti biasa dengar perkataan dan istilah ni kann ? kalau tak biasa pun , paling kurang pernah dengar ? semua orang perlukan TARBIYYAH . selepas ditarbiyyah perlu simpan cita-cita untuk BERUBAH . dann nak berubahh pula perlu ISTIQAMAH dan yang paling penting MUJAHADAH dalam melawan nafsu . (ada yang takfaham kee istilah yang aku guna ? bolehh kot tanya En. Gugel ehh ?)
cer tengok dunia sekarangg . maksiat berleluasa , pecah amanah di mana-mana , rasuah sudah jadi perkara biasa , adab pekerti entah ke manaa . lihat laa . ini kahh yang mereka dok sibuk huhaa huhaa cakap , "syukurlaa Malaysia masihh aman" ? *ehh , emosi lak aku tetiba . hehee :'3* *oke, serius semulaa* ini kahh erti keamanan abadi ? jadi , bagaimana kita nak rawat virus-virus maksiat ini ? bagaimana kita nak bersihkann karat-karat jahiliyyah ini ?
.
.
.
yee , betul . TARBIYYAH laa jawapan nye .
10 Sifat Tarbiyyah
dalam tarbiyyah ini kita dididik , kita dibimbing , kita diajar menjadi MANUSIA . amboihh ko mardeeya . sedap mulut ko jee cakap camtuhh . dah tuu , selama ni tak cukup MANUSIA kee aku haa ? *ehh , ada ke orangg cakap camtuuhh* hehee . maksud aku tarbiyyah ni yang JAGA dan PELIHARA fitrah kitaa . dalam tarbiyyah ini kita diajar mengurus fitrah kita . dann dalam tarbiyyah ni juga kita bentuk IMAN kita kepada Allah . ohsemm kann bunyi nyee :'3 insha Allah , selama mereka yang ikut tarbiyyah ini ramai yang telah BERUBAH . yang jahil menjadi tahu . yang baik menjadi semakin baik . yang warak bertambah keimanan dan keyakinan kepada Allah . Allahu , indahnyee *terasa macam berasa diawang-awangan sekarang ni*
nak BERUBAH memang senang . tapi nak ISTIQAMAH ?
*krik , krik bunyi cengkerik*
betul , nak istiqamah perlukan MUJAHADAH . mujahadah melawan nafsu . LITTLE BUT OFTEN . aku suka guna istilahh ni . nak berubah tak perlu ekstrim sangat . kalau sebelum ni suka pakai yang ketat , takperlu esok nyaa terus berjubah purdahh . kalau sebelum ni suka tengok korea nangis-nangis , tengok runningman terbahak-bahak , esoknyaa takperlu padam semua cerita tuu dan mula muat turun ceramah-ceramah agama . kalau mampu buat macamtuu silakann , kalau tak mampu , takpee sayang kita buat sikit-sikit , pelahan-pelahann . *pujuk diri sendiri sebenarnyaa* :'D
oke , tu jee aku nak cakap entry kali ni . hihi . lama tak membebel , sekali membebel panjang pulaa jadi nyaa . tengs untuk membaca .
p/s: untuk kak Wirda Amir , hihi , deeya dahh update new entry . selamat membaca . IMISSYOUTOO , Ich Vemisse Dich Auch :)
oke , kat atas tuu semuanyaa buku-buku aku . lawa tak aku susun ? bhahaha *lempang pipi sendiri* *behave! behave!*
oke ekceli aku nak share satu hadis nihh . hadis pasal ilmu dan
manusia. Hadis Sahih (riwayat al-Bukhari no 79 dan muslim no
6093)
Rasulullah telah membuat satu perumpamaan tentang HIDAYAH dan ILMU. hidayah dan ilmu ibarat HUJAN lebat yang turun ke
bumi. manusia pula ibarat TANAH bumi. Kemudian Rasulullah membahagikan tanah
ini kepada 3 JENIS: *haa , cuba peraati sikit korang tanah jenis mana ?*
Jenis pertama; Di antara tanah itu ada yang suci dan baik boleh menerima air, lalu tumbuhlah rumput-rumput yang banyak diatasnya
Jenis kedua; Di antara tanah itu pula ada yang tidak menumbuhkan
tanaman, ia menakung air maka dengannya Allah memberikan manfaat kepada
orang ramai, mereka minum dan bercucuk tanam.
Jenis ketiga;
Hujan menimpa tanah ini, namun ia hanyalah tanah yang gersang, tidak mampu
menakung air dan tidak pula dapat menumbuhkan rumput.
faham tak simbolik hadis tuu ? Apa signifikan bagi tanah-tanah tersebut ? dapat dah ke ?? *siapa betul aku spen cecoki* :3 hee . oke , jom cikidaut! (baca: check it out) LOL.
tanah 1: ia
menggambarkan golongan manusia yang memerima ilmu dan hidayah dari Allah
s.w.t lalu beramal dan manfaatkan untuk diri mereka sendiri serta untuk
kemanfaatan orang lain dengan menyebarkannya.
tanah 2: ia
menggambarkan golongan yang juga baik .walaupun mungkin mereka tidak
begitu mengambil faedah dari ilmu itu, tapi berjaya menyebarkan pada
orang lain.
tanah3: golongan ini langsung tidak mahu
menuntut imu, dirinya juga tidak memberikan apa-apa manfaat kepada orang
lain.
so , korangg tanah jenis hapee ? tepuk dada tanya iman . kbaii , salamullah alaikum :D