Review: Nuteen Anti-Acne & Oil Control Lotion SPF 25.

by - Sunday, October 29, 2017

Assalamualaikum.

Harini aku nak share pasal Nuteen Anti-Acne & Oil Control Lotion SPF 25. Basically benda ni ialah moisturizer. Dan rata-rata skincare tips yang aku baca, semuanya tak bagi skip moisturizer especially bila kulit muka kau jenis combination & oily.

Ihsan: Google


Yang ni aku setuju. Sebab sebelum ni kulit muka aku berminyak teruk gilaaaaaa kot. Nampak tak betapa teruknya berminyak dia tuu. Aku dengan bloating paper memang takleh pisah laa nak katanya. Mana ada aku, di situ laa bloating paper tu. Ibaratnyaa laa nak kata.

So, berbekalkan rasa rimas aku tuu, aku pun pergi watson dan cari laa moisturizer. Sebelum tuu aku servay dah laa moisturizer apa yang bakal dibeli. Tapi tulaa, watson cawangan aku pergi tu tak banyak pilihan pulak. Masa tu aku ada dua pilihan jee samada nak ambik Nuteen ni atau Oxy. So aku pun compare laa ingredients kedua-dua produk ni. Dalam Nuteen ni ada tertulis mengandungi Salicylic Acid dan dalam Oxy takde. 

So, aku decide untuk grab Nuteen. Dan ini lah moisturizer pertama dalam hidup aku. Lol.

Why salicylic acid? Apa yang special sangat pasal acid ni?

Salicyclic Acid ni beta hydroxyl acid (BHA) yang berfungsi untuk menyahkan lapisan luar kulit dan dalam perubatan bertindak sebagai chemical exfoliate. Biasa orang pakai scrub kan yang ada biji biji kecik tu kann? Haa, kalau scrub tu jenis pysical exfoliate. Salicylic Acid ni exfoliate jenis chemical punya. Gitu lahh. Dan Salicyclic Acid ni juga merupakan musuh terbesar jerawat. So tak salah laa bila product ni buat tagline "Say No To Acne!". Kensss?

So ni dia review aku.

Texture ringan: 
Macam kaler losyen tu laa tapi sumpah langsung tak greasy

Easily absorb: 
Lepas apply, losyen terus kering meresap dalam muka.

Oil control lotion: 
This moisturizer does as it claims to do

Aku ada trust issue teruk nak pakai moisturizer sebab takut greasy, kot laa kalau pakai muka makin berminyak. Rupanya tak wehhh. And amazingly, lepas apply muka aku jadi tak berminyak, selesa dan ringan. Sumpah, benda ni macam holy grail aku laa untuk masalah kulit berminyak.

Produk ni jugak ada SPF 25. Apa tu SPF? SPF (Sun Protection Factor) ni ialah ukuran untuk berapa lama sunscreen boleh protect kulit kita dari sinaran UVB (penyebab sunburn).

SPF 25 ni bagi perlindungan 250 minit kepada pemakainya sebelum sunburn. Kalau tak pakai, duduk bawah matahari 10 minit jee dah sunburn. Kiranya spf ni melambatkan proses sunburn laa. Tapi nak extra perlindungan, baik beli sunscreen jee. (Okay bab sunscreen nanti ai bagi review lain kali)

Berbalik pada cerita Nuteen Anti-Acne & Oil Control Lotion SPF 25 ni, so far lotion ni berjaya mengubah persepi aku pada moisturizer. Dan ianya 'a must' untuk setiap orang especially untuk oily and combination skin type.

Rate: 4/5

Repurchase?
Will consider. Tapi lepas habis ni nak try product lain dulu since ni my first experience pakai moisturizer.

Okay, bye.

You May Also Like

1 comments