Cute Song For You :D

 
hai haii . harini aku nak share satu lagu yang best . sumpah best . first taim aku dengar , aku dah suka kat lagu ni . *adik aku yang bagi aku dengar* . pastuu aku cari laa lagu asal dia , takjumpaa *ekceli tajuk lagu dia pun aku taktahu . teheee*. rupanya lagu ni merupakan lagu nasyid kat sekolah menengah mana ntah . aku tak ingat . hik hik :3
 
oke , jom dengar ~
memang versi Tom Cat jee yang ada pun :3
 
 
 
Ya Allah ,
 Kurniakanlah ketenangan dunia akhirat ,
 Hindarkan kami api neraka ,
Limpahkan kami nur hidayah Mu ,
Cintakan bunga akan layu ,
Cintakan manusia akan mati ,
Cintakan Allah kekal selamanya ,
Itulah cinta ,
Cinta yang hakiki :D

***

best tak ? best tak ? I told youu . HAHA . tu jee untuk kali ni . bai bai , Assalamualaikum :D

DIA Tempat Bersandar :')

 
harini aku nak share satu cerita . satu cerita yang mungkin bakal menyedarkan kita , mungkin bakal membuka mata kita dan juga mungkin akan men'transform'kan diri kita dari seorang yang biasa-biasa menjadi seorang yang luar biasa kebergantungan nya kepada pencipta ? cewahhh . transform bagai . macam biasa cerita ni aku baca kat pesbuk , senior aku yang share :D


dah sedia dengan popcorn dan air stoberi ? jom sesama hayati :D

***

Kisah sebuah keluarga Ahlullah. Sepasang suami isteri selalu mendidik anak mereka bahawa yang memberi rezeki ialah Allah. Sebelum makan, mereka akan menyuruh anaknya solat 2 rakaat memohon kepada Allah agar diberikan rezeki. Setiap petang apabila pulang dari sekolah, ibunya akan menyuruh anaknya bersolat 2 rakaat dulu seperti biasa. Inilah kebiasaan yang anak itu akan lakukan selama beberapa tahun. 
 
Suatu ketika, pada hari pertama, anak pulang dari sekolah dan bersolat 2 rakaat. Selepas solat, dia membuka tudung saji dan nampak makanan yang telah disediakan ibunya lalu terus makan. 
 
 Pada hari kedua, selesai solat, anak itu membuka tudung saji tapi tiada makanan. Lalu dia pergi ke periuk, di situ ada makanan yang telah disediakan ibunya lalu dia pun terus makan. 
 
Pada hari ketiga, selepas selesai solat, anak itu tidak menjumpai makanan bawah tudung saji dan dalam periuk. Tapi ibunya telah tinggalkan di dalam kabinet dapur. Lalu dia pun terus makan. Begitulah yang berlaku selama beberapa tahun. Tapi Allah nak tarbiah anak ini. 
 
Pada hari berikutnya, si ibu bergegas menghadiri pengkebumian saudaranya dan terlupa untuk memasak makanan anaknya. Selepas saudaranya itu dikebumikan, si ibu bergegas pulang dan di dapati anaknya sedang menunggu di depan pintu sambil tersenyum. Lalu anaknya pun berkata, "Sedap betul lauk ibu masak, tak pernah rasa masakan ibu yang paling sedap macam hari ni." Ibunya terdiam lalu bertanya apa telah terjadi. Si anak menjawab, "Saya pulang dari sekolah, lepas solat saya turun makan check tudung saji takda makanan. Check kat periuk pun takda. Check kat kabinet dapur pun takda. Saya rasa solat saya tadi banyak cacat cela lalu saya bersolat sekali lagi. 
 
Selepas tu saya check masih takda makanan kat semua tempat tadi. Mungkin solat saya masih Allah belum terima sebab sebelum ni takda problem pun. Saya pun solat lagi sekali untuk kali ketiga, perbaiki supaya lebih khusyuk dan mohon kepada Allah. Apabila saya turun, makanan telah terhidang di atas meja dan lauk dia yang paling best pernah saya rasa. Ibunya masih dapat mencium bau lauk yang wangi itu yang masih melekat dari mulut anaknya. 
 
Orang alim bagitau, makanan tersebut Allah hantar cash dari syurga. Ibunya dikisahkan pergi juga ke dapur tapi tiada apa-apa yang dilihat. Ganjaran tersebut hanya untuk si anak. Apabila keyakinan kepada Allah 100%, maka di situlah bantuan Allah sampai melalui perantaraan solat seperti yang berlaku pada zaman Nabi s.a.w dan para sahabat r.hum dulu. Firman Allah, "Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan solat, dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa." Taha 20:132 Hanya Allah Maha Mengetahui.
 
***
 
cuba tanya diri kita pula , sejauh mana kita letakkan kebergantungan pada Allah ? mungkinkah sekadar yakin tak yakin ? atau hanya sekadar omongan kosong di bibir ? atau memang Allah tempat kita bergantung infinity peratus ? nampak tak infinity bagai  . tepuk dada tanya iman :')


bilamana kebergantungan kita letakkan 150% kepada Allah , maka sesungguhnya pertolongan Allah itu sangat dekat . HAHA . sajaa bagi over sikit peratus tuu .

wallahua'lam , fihifzillah , Assalamualaikum :)
 

Textraphrenia

 

 Textaphrenia : A disease found in teens, in which they have heard or felt a new text message vibration when there's no message.
 
I have this -.-'

Globophobia.

 
 
hai hai . tadi , masa aku blogwalking , aku ada terbaca kat satu entry "Wordless Wednesday" kat rakan blogger pasal 'Globophobia' . tapi internet aku pulak buat hal , so aku tak dapat nak tengok gambar ape yang kena share coz gambar tak load habehh *pity me* -.-'
 
 
GLOBOPHOBIA . festaim aku jumpa perkataan ni . aku wonder fobia jenis apekahh ? otak aku ligat berputar tapi tetap takde jawapan :/  tapi disebabkan perasaan ingin tahu aku yang membuak-buak , aku pun cari laa kat gugel ape tuu "Globophobia" . hik hik . *sila marah aku . ni laa effect jarang membaca* :3
 
Globophobia : ketakutan pada belon 
 
oke , aku dah jumpaa . then tetiba teringat kat klasmet aku yang jugak takut belon *senyum jahat* hehehe XD
 
selalunyaa orang yang menghadapi Globophobia juga menghadapi Phonophobia (ketakutan pada suara yang kuat , sudden noises) . penghidap Globophobia biasanya taksuka menghadiri majlis-majlis keramaian seperti jamuan , birthday party dan apa-apa festival yang banyak belon . fobia jenis ni taksama dengan fobia-fobia yang lain yang ramai penghidap dan boleh dijumpai di sana sini , tapi still mempunyai bilangan penghidap yang ramai (no wonder laa aku takpernah dengar . haha . boleh macamtuu ?) *tangan di bahu* :P
 
 
 
kebiasaanya , penghidap Globophobia takkan datang dekat dengan belon walau seinci apetah lagi menyentuhnya . dan kemungkinan besar boleh nangis bila orang letak belon dekat dengan dia *tetiba teringat majlis kat dewan harituu . tehee*  
 
dan ada yang lagi kronik iaitu apabila mereka langsung taknak keluar rumah kerana takut mungkin belon ada di mana-mana . fuhh , yang ni dahsyat .
 
psstt . ekceli aku lupa blog mana yang aku baca tuu . so takdapat nak letak link tanda credit kat sini . tadi cari kat history takjumpa sebab banyak sangat link :/ so , kepada tuan belogg , deeya ucapkan terimakasihh tau ? kalau baca entry deeya ni , tinggalkan laa link kat sini . boleh deeya letak dalam bloglist .
 
tu jee , fihifzillah , Assalamualaikum

Tips Color Block.

 
 
hai hai . hari ni aku nak share sikit pasal colour block . ekceli , a bit outdated bila aku nak cerita pasal tips nih since dah lama orang pakai blocking-blocking nih . tapi , harituu aku nampak ada orang yang pakai colour block tapi tak kena gaya ahh . dan benda tuu buat dia nampak macam badut -.-' ( maafkan hamba . walaupun pahit hamba terpaksa katakan jua :'D ) bukan apa , banyak sangat warna >.<  ekceli , aku pun bukan reti sangat bab fesyen-fesyen ni tapi aku share sekadar yang aku tau laa .
 
colour block memang lawa . tapi bila tak kena pada cara , you'll end up like a clown ! *serious talk*
 
 


 
Tips :
 
1) jangan pakai lebih dari 3 warna dan pakai pakaian 'plain'.
 
2) analogous colors.
- analogous color ni, pemilihan warna yg dari nada yg seakan sama (cer tengok gambar kat atas)
 - contohnyee :
# light blue + green + yellow-green
# yellow-green + yellow
# hot pink + purple
# red + pink
 
3) triadic colors.
- triadic color ni pulak color yang bertentangan dalam bentuk segi tiga. maksudnya segi tiga dalam color scheme di atas.
 - contoh:  
# yellow + red + electric blue
# electric blue + red
# yellow + red
# green + blue
# turquoise + pink
 
( aku prefer pakai dua kaler . kalau 3 kaler tu macam over sangat ah :3 )
 
4) complementary colors.
- complementary colors pula kaler yg bertentangan antara satu sama lain dalam color scheme.
- contoh :
# purple + yellow
# yellow + blue
# pink + green
# orange + blue
 
(boleh gak kalau nak combine 3 kaler . ikut kreativiti laa)
 
oke , tu jee laa aku nak share . harap , perkongsian yang kecil ni beri manfaat yang besar . cewahhh:D andd , aku pun nak senaraikan kaler block yang aku minat . yang aku takminat tuu memang aku takpakai langsung .
 
1) pink + turquoise
2) electric blue + pink
3) electric blue + yellow
4) red + yellow
5) purple + hot pink
6) coklat + pink
7) light blue + pink
 8) light green + pink
 
aku pun tak ingat kaler ape lagi . btw , nampak tak , aku main dua kaler jee . hihi . teringin gak nak pakai seluar yang menyala-nyala tuhh , tapi malu laa puloks :3  tapi kalau korang berani pakai silakan . gojes kot . cuma aku jee takod :P
 
psstt . ekceli bila aku nak pakai blocking , aku takpernah pon rujuk wheels ni . leceh kot . haha . apa yang aku rasa lawa , aku rembat jee XD
 
kbaii , Assalamualaikum :D:D

A Silent Lover

 
 
dah sebulan belog ni tak bersentuh , dah sebulan jugak tak blogwalking , dan dah sebulan jugak tak bertegur sapa dengan kawan-kawan blogger yang ohsem jauh di mata dekat di hati . gituuhh *rindu* :'D
 
tadi aku dengar lagu 'istikharah cinta' , pastuu tetiba jee dapat idea nak update belog . tapi , since aku dengar lagu jiwanggss , so entry aku nih ada bau-bau jiwang hidung berdarah ah . ampunnn ! tehee . *ketawa sopan* 
 
ekceli , entry kali ni bukan laa luahan hati aku , tapi entry kali ni aku ibarat mewakili luahan hati sejuta gadis di luar sana . cewaahh . dan pandai wakil-wakil pula sekarang XD hiks . oke , jom cikidaut !
 
***
 
wahai IKHWAH , 
 
ketika aku menyayangimu kerana akidahmu , ketika aku mengagumimu kerana kehebatanmu dan kefasihan bicaramu , ketika aku mendoakanmu dalam sujudku , ketika aku meluruskanmu kerana tak ingin kau berbelok arah , ketika aku turut tersenyum atas kebahagiaanmu , ketika aku begitu cepat melupakan kesalahanmu , ketika aku membuka lebar-lebar pintu maaf untukmu dan ketika suatu saat nanti aku harus melepaskanmu dengan penuh keikhlasan maka biarkanlah hati ini terus redha . namun jika Allah takdirkan aku untuk mencintai mu , izinkan aku melabuhkan cinta padamu kerana Allah . 

Cinta , tak mengapa saat ini kita jauh kerana kita belum halal kerana kelak Allah akan menyatukan kita dalam ikatan suci . kerana itu lebih bererti , jauh lebih abadi . insha Allah . kerana ku yakin , janji Allah adalah pasti .

lelaki yang baik hanya untuk wanita yang baik . prinsip inilah yang aku pegang selalu . ku jaga kesucian diri , jiwa dan hatiku , hanya untuk ku persembahkan padamu kelak . oleh kerana itu Cinta , jaga kesucian cintamu juga hanya untukku . *be a silent lover*


Credit: Dr. Cinta Punya Belog

wahai IKHWAH , 

cinta itu adalah fitrah , jagalah ia jangan sampai jadi fitnah . cukup cintai aku dalam diam , dari kejauhan dengan kesederhanaan dan keihklasan . kerana tiada yang tahu rencana tuhan . mungkin saja rasa ini ujian yang akan melapuk dengan perlahan . kerana hati ni begitu mudah untuk dibolak-balikkan . serahkan rasa yang tiada sanggup tertahan itu pada Yang Memberi dan Memilikinya . biarkan Dia yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya . 

untuk calon imamku , yang tiada siapa mengenal termasuk diri ini , dirimu masih termasuk rahsia penciptamu . rahsia yang telah ditentukan untukku . yang perlu ku singkap dengan segunung taubat dan penuh kesungguhan sujudku . cuma jambatan istikharah jua yang bisa merungkai rahsia itu .

wahai IKHWAH ,

akal kami setipis rambut kami , maka tebalkan itu dengan ilmu agama yang ada padamu . hati kami serapuh kaca , maka kuatkan itu dengan keimananmu . perasaan kami sehalus sutera , maka bimbing kami dengan penuh akhlak dan taqwa . agar fitrah kami yang tercipta dari tulang rusukmu yang paling bengkok , tidak selamanya bengkok . kekurangan akal dan ilmu agama kami , tak menyesatkan kami .

***

p/s: mencintai seseorang itu adalah hak kita . namun memiliki seseorang yang kita cintai bukan hak kita . jangan pernah takut melepaskan sesuatu yang belum berhak kita mliki . dia akan kembali jika Allah takdirkan dia untuk kembali jika Allah jadikan dia untuk kau miliki . atau Allah akan menggantikan dengan yang jauh lebih baik . 

Credit: Google.

jika seseorang hamba Allah menahan keinginannya dari sesuatu yang haram (kerana Allah) maka Allah akan membelikan sesuatu yang diingininya itu mengikut jalan yang HALAL .

jika benar cinta itu kerana Allah , maka biarkan ia mengalir mengikut aliran Allah kerana hakikatnya ia berhulu dari Allah , maka biarkan ia pun berhilir hanya kepada Allah .

oke , itu jee untuk kali ni . fihifzillah . Assalamualaikum :)