Alamak! Teman Lelaki Psiko


Pernah bercinta dengan boyfriend psiko? Oh no!!! Sesiapa yang dah pernah bercinta dengan lelaki psiko mesti serik gila kan? Ada yang sampai trauma pun ada.



Untuk yang konfius atau tertanya-tanya samada Inche Kekasih dia ni psiko ke tidak, jangan risau. Now, iolls akan bagi tips untuk kenal lelaki-lelaki psiko ni supaya korang cepat-cepat ambil tindakan sama ada nak teruskan perhubungan atau tinggalkan sahaja lelaki psiko ni.

***
1. Kaki Ugut
 
Asal bergaduh sikit je dia mesti akan mengugut untuk mencederakan kamu atau dirinya sendiri. Perkataan yang selalu keluar dari mulut dia semuanya berunsur negatif dan dendam. Daripada kata-kata dia kita boleh gambarkan dirinya yang sebenar. Korang sendiri boleh menilai baik buruknya jika meneruskan perhubungan. Jangan sampai satu tahap, korang terpaksa melalui situasi yang menggerunkan memandangkan kes jenayah semakin meningkat sekarang.

2. Suka Maki Hamun
 Haa, korang pernah kena maki hamun dengan encik kekasih korang? Even dekat tempat public sekalipun contoh macam dekat kedai mamak atau supermarket. Macam-macam yang keluar dari mulut dia. Kalau ada, maknanya teman lelaki korang tu psiko. Korang perlu tahu kalau dia tu betul-betul sayangkan korang, semestinya dia tidak akan sama sekali menyakitkan atau melukai hati korang..

3. Setiap Pertengkaran Akan Mendatangkan Kecederaan
   Walaupun dah bertahun-tahun bercinta, kekasih masih sukar untuk mempercayai kamu. Dia akan berasa curiga dan sentiasa menuduh korang yang bukan-bukan walaupun korang dah berterus- terang dengan dia. Contohnya, bila korang cancel temu janji last-last minit, dia dah tuduh korang nak pergi jumpa buah hati yang lain padahal korang ada kes lain yang lebih berat. Tapi, dia masih tak boleh terima penjelasan korang akhirnya tangan, kaki semua angkat. Kekasih yang sepatutnya melindungi kamu akhirnya yang mencederakan kamu. Macam mana tu?

4. Sweet Talker
   Untuk pengetahuan korang, lelaki psiko ni memang mempunyai sifat yang manis mulutnya bak 1 tan gula pasir. Bak kata orang, lembut gigi dari lidah. Macam-macam ayat magik yang dia bagi untuk buat kamu terlentok dengan setiap butir ayat yang keluar dari mulut dia. Motif? Nak buat korang terpikat dekat dia lah. Korang kena hati-hati dengan lelaki macam ni dan sebaiknya kaji dulu latar belakang dia.

 5. Bijak Berlakon
    Lelaki psiko memang pandai berlakon. Memang layak dapat Anugerah Pelakon Terbaik atau dapat anugerah Oscar. Sebab apa mereka ini bijak berlakon? Kerana mereka mempunyai dua personaliti yang berbeza. Mereka boleh bertukar watak menjadi seorang individu yang sangat penyayang dan tiba-tiba zappp! bertukar kepada individu yang sangat agresif. Kalau korang masih baru lagi bercinta dan kekasih korang ada ciri-ciri ni, nasihat saya better korang tinggalkan sahaja dia walaupun korang sayang gila mati dekat dia. Korang kena fikir jugak masa depan korang bila dengan dia.

 6. Tidak Menunjukkan Sikap Sebenar
    Mula-mula perkenalan korang dengan dia semuanya indah bagai di alam fantasi. Macam Alice in The Wonderland je..Dia pulak pandai memikat hati korang dengan sikap penyayang, prihatin, romantik dan macam-macam lagi lah. Lengkap semua. Sampai korang rasa tak ada yang buruk dekat dia. Tapi awas sayang-sayangku sekalian. Itu semua taktik dia. Dia akan cuba pikat korang sampai korang akan rasa dialah lelaki yang layak untuk jadi imam korang (goli denn!) tapi hakikatnya dialah pembunuh hidup uolls.

7. Panas Baran
  Katakan tidak pada kekasih panas baran. Panas baran ada tahap dia ya. Tapi kalau yang jenis satu sms lambat balas 5 minit dah naik pelempang dekat muka, tu dah tahap kronik. Orang yang mempunyai sikap panas baran macam ni biasanya akan melakukan apa sahaja untuk puaskan hati mereka sendiri. 
 
8. Cemburu Buta 
Kekasih jenis ni cepat insekiyo. dia tak boleh tengok kau rapat dengan lelaki lain. kalau yang jenis baran tu, memang kau dapat pelempang jepon la. kalau yang jenis tak aggresif, mati-mati dia merajuk. sama mati-mati macam kau nak pujuk dia.

***

So, dah pikir masak-masak? Nak tinggalkan atau nak teruskan perhubungan? Kalau nak tinggalkan kekasih psiko ni ada caranya. Bukan main redah je mintak putus. Alamatnya habis lah engkau sampai lubang cacing dia cari.

Pengalaman aku dengan orang psiko? hadooo uolls. Tapi ni zaman aku jahiliyyah dulu lah. orang couple, sibuk nak couple jugak. astaghfirullah hal azim. jangan tiru adik-adik. hakak ni pon insapp dah.
 
insap pun sebab masatu aku ikut usrah. kantoi dengan hakak naqibah aku couple. hakak tu dalam usrah selalu sentuh bab couple. tiap kali usrah. HAHA. aku paham lah, benda tu untuk aku. siapa je lagi bercouple masa tu. aku sorang jee.  har har har. siapa tak insap kalau tiap-tiap minggu ke cuci uolls.

So, aku pun bagitau lah pakwe aku masatu aku nak break. Cubaan pertama, dia ugut aku nak kelar tangan lah, nak hisap rokok lah, nak teguk arak lah. Memula tuu aku gelabah kut, yelaaa orang yang kita pernah sayang nak buat benda bodoh sebab kita. Menangis gila-gila aku, sampai laa aku terpaksa terima dia balik. Masatu aku bodoh lagi, baru 19 tahun. Akal pun tak berapa nak panjang. Masatu aku terpaksa terima dia balik sebab dia ugut nak mudaratkan diri dia. pakwe kot. siapa tak sayang. lagi-lagi nak buat benda bodoh sebab kita. tu makin deras aku banjir tuu. kah kahh.

Lagi satu dia ni fake gilaaaaa. Dengan saham sweet talk dan muka yang hensem, dia pergi mendua mentiga serta mengempatkan aku di belakang. Yee, memang biadab. Yang tu aku tak boleh tahan dah. Tapi yang lagi aku takleh tahan, bila dia cakap kat aku, "tu semua dia anggap kawan je. Perempuan tu yang tergila-gila kan dia. Dia layan sebab kesian je". Dia dah nampak aku mengamuk, bukan dia kisah. Bila aku nak blah dari hidup dia, mati-mati dia rebel. Peh! 
Yee. Dia memang ada sejenis perangai biadab itu.
Lepastu, bila aku nak keluar dengan kawan lelaki, satu hari dia merajuk. Buat ayat tacing bagai. Yelahhh, aku dah sayang kan. Mana aku sanggup tengok dia badmood. Aku pun pujuk laa bagai nak rak. Siksa jiwa raga kut. Lagi satu perangai dia ni, salah dia pun dia nak merajuk, salah aku lagi laa teruk dia merajuk. Reti pulak nak jeles bagai. Dia tu hari-hari flirting dengan perempuan sini sana, tak pikir pulak aku reti mengamuk.

Sehinggalah cubaan terakhir aku minta putus. Masatu, jangan cakap laa ugutan dia. Dahsyat gilaa. Tapi sebab aku dah biasa kena ugut, aku buat bodoh je. Dah tak gelabah. Cuma ada satu malam tu, dia hacked instagram aku. Lepastu pukul 3 pagi dia call aku tetiba. Aku dah tidoo kut masatu. And he be like, "hello. Aku dah edit gambar kita. Aku dah upload kat instagram. Password kau aku tukar". Pehh. Gelabah jugak aku sposesn dua. Aku kan jenis manusia, yang buat silent relay. Tak heboh. Takde siapa tau. Tapi bila dia buat macamtu, tepuk dahi aku. Aku tanyaa la kenapa dia buat macamtu. Dan dia cakap, "aku nak bagitau semua orang yang kau tu aku punya". Bapak. Psiko gila mamat neh.

Last-last aku tukar nombor. Block dia kat semua laman sosial. Maka aman bahagialahh hidup seorang aku lepastu.

Alang-alang tu, aku akan bagi beberapa tips ringkas yang boleh digunakan untuk mintak putus dengan lelaki psiko. Tu pun kalau nak putus. Kalau nak teruskan relay, terpulanglah. Aku bukan nak meracuni pemikiran neutral kalian. Tapi, menderita weh menderita.

1.  Tarik diri dengan cara baik. Korang mungkin boleh cuba menjauhkan diri secara  pelahan-lahan daripada dia dengan tidak menghubungi atau berjumpa.


2.  Berikan alasan yang wajar untuk tidak meneruskan perhubungan ini kerana mendapat tentangan daripada keluarga. Cara ini mungkin mudah sedikit untuk kamu melepaskan diri daripada si psiko tersebut.


3.  Pastikan kamu tidak memulakan persengketaan untuk melepaskan diri kamu daripada dia kerana ini akan membuatkan mereka lebih bertambah marah. Sebaliknya cuba bercakap secara lembut dan minta dia untuk memahaminya.


4.  Beritahulah kepada keluarga mengenai hal ini. Mungkin keluarga kamu ada solusi yang lebih baik untuk menyelesaikan kes berat kamu ini.


5.  Kamu juga boleh terus menghilangkan diri dengan menukar nombor telefon, block facebook, twitter dan sebagainya yang membolehkan mereka gagal untuk mencari kamu. Mungkin dia akan melupakan kamu. Namun, cara ini agak berisiko untuk dicuba tapi terpulang kepada cara korang sendiri lah.

ohye. perkenalkan. ni pakwe baru iolls. dan kami tengah bahagia. kbai.

Katang dan Bold. memang padan dengan aku. kah!
Sekian. Wasalam.