Boleh klik gambar untuk tumbesaran. heh. |
Pemplate ni aku yang buat sebab aku kena lantik jadi AJK Dokumentasi. aku rasa setiap kali camping ke apa-apa yang memerlukan AJK, aku mesti dapat AJK tu. cuma sekarang je aku tak kena lantik dah jadi AJK tu, sebab aku bising, balik-balik aku kena buat kerja yang sama. bagi laa aku buat benda lain pulak. (sis rebel). kahkahh.
so, macam kat tentatif tu, lawatan kitorang berjalan selama 3 hari 2 malam. tapi, nak boleh sampai ke Sarawak tu punya rasa lama gilaaa.
kitorang bertolak 12 Mac dari IPG naik bas (malam). dalam bas tu pun dah berjam-jam nak tunggu sampai KL. pagi esoknya 13 Mac, alhamdulillah kami selamat tiba ke Terminal Bersepadu Selatan (TBS). sampai je TBS, kitorang pergi Stesen Bandar Tasik Selatan (Sebelah TBS), naik KLIA Express untuk ke KLIA. dengan masing-masing bawak luggage penuh tangan apa semua. memang thug life lahhh. (masatu IPG takdapat sediakan bas sebab masalah apa tah aku lupa). agak sadis awal-awal perjalanan tu. tapi rasa best gilaaa, sebab semua benda ni kau lalui dengan classmate sendiri. so rasa laa susah senang sama-sama tu. hihi :D
Bertolak dari Terengganu-KL (Bas) |
Stesen Bandar Tasik Selatan (Sebelah TBS) |
Le' Boys |
kitorang tiba di KLIA kira-kira pukul 11 pagi. lepastu kitorang semua pun mereput kat sana tunggu flight dari KL ke Kuching (KUL-KCH) pukul 4.00 petang. bapak lamaaa. kan betul aku cakap, nak boleh sampai ke Kuching tu lama gilaaaa. HAHA. *ketawa keluar air mata*
Muka-muka manusia yang mereput kat KLIA |
pukul 6.00 petang sampai Kuching, kitorang pun terus pergi check in IPG Tun Abdul Razak, Kota Samarahan (IPTAR). memang macamtu lah kehidupan ber-IPG, saling bantu membantu. keh kehh. so, kos penginapan kitorang free lahh. hihi.
Kitorang stay bilik tetamu. Memang selesa gilaaa lah. IPTAR terbaik! |
ohyaa, lupa nak bagitau. masa ni, rombongan pelajar (21 orang) dengan rombongan pensyarah pengiring (6 orang) ke Kuching berasingan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. jadi, kitorang bertolak sehari awal. dan keesokan harinya baru rombongan pensyarah pengiring pula tiba.
14 Mac 2015 (Hari 1)
sementara tunggu pensyarah pengiring tiba, kitorang berjimba dulu kat Summer Mall. classmate aku yang duduk Kuching tu bagitau, yang mall tu baru lagi.
malam tu, kira-kira pukul 8.30 pm, kitorang ada interaksi dengan JPP IPTAR.
15 Mac 2015 (Hari 2)
perjalanan sebenar bermula pada hari kedua ini.
untuk hari kedua, kami pergi dua tempat iaitu, Rumah Budaya Sarawak dan Muzium Negeri Sarawak.
1) Rumah Budaya Sarawak.
juga dikenali sebagai 'Muzium Hidup'. kampung ni menyediakan maklumat mengenai pelbagai budaya tradisional
dan cara hidup mereka. kat sini korang boleh tengok replika bangunan yang
melambangkan setiap kumpulan etnik utama di Sarawak seperti rumah panjang orang
Iban, Bidayuh dan Orang Ulu, rumah tinggi orang Melanau dan banyak lagi.
Dalam setiap rumah ni, akan ada orang yang jaga (petugas) dan berpakaian ikut etnik rumah masing-masing. kalau masuk Rumah Penan, orang yang jaga berpakaian etnik Penan. gituhhh.
'Baruk' House (Head House) |
Ni kat Rumah Penan. Boleh fefeeling Penan menyumpit. |
Depan Rumah Bidayuh |
Dalam rumah tinggi Bidayuh |
Tangga dia sikit punya gerun. |
Perkampungan ini juga mempunyai teater yang mana korang boleh menikmati
persembahan tarian pelbagai budaya (skema kan bunyinya. kah!). kitorang ada masuk teater dia. memang GEMPAKKK lah tarian budaya dorang. kalau datang ke sini wajib masuk teater okehh?
Dia boleh imbang badan atas kayu tu guna perut. memang style ah.
|
2) Muzium Negeri Sarawak.
kat Sarawak ni ada banyak muzium. tapi haritu kitorang masuk Muzium Etnologi (Bangunan Lama).
Bangunan ni ada dua tingkat.
kat tingkat bawah ada koleksi alam semulajadi dan specimen fauna Sarawak; reptilia, mamalia, dan burung misalnya.
kat tingkat atas, ada bahan-bahan etnografik contohnya, model-model rumah panjang, perbagai jenis perangkap ikan dan haiwan, kraftangan, model perahu dan macam-macam lagi.
basically, semua pasal etnik Sarawak lah. so, kalau korang nak tau lebih pasal etnik-etnik Sarawak ni, boleh laa datang muzium ni.
16 Mac 2015 (Hari 3/Last Day)
hari ketiga, kitorang pergi dua lagi tempat iaitu Gua Angin dan Kampung Benuk, Bidayuh Longhouse.
1) Gua Angin
Gua Angin merupakan sebuah gua batu kapur yang terletak di Pekan Bau, Kuching, Sarawak. kenapa dipanggil Gua Angin? sebab terowong dalam gua ni menjadi laluan angin keluar masuk. itulah alkisahnya. *tepuk tangan*
Dalam gua ni terdapat pembentukkan stalagmit, stalagtit dan formasi batu kapur yang berusia lebih 60 juta tahun. *baca dengan nada gempak* HAHAHA.
bahagian lelangit gua. banyak jugak lekuk-lekuk macamtu. |
Stalagtit. (terima kasih pada pencahayaan lampu suluh sewa. HAHA. dalam ni gelap sebenarnya) |
Bayaran masuk: RM3.00 (dewasa), RM1.50 (kanak-kanak)
Sewa lampu suluh: RM3.00 sebuah
2) Kampung Benuk, Bidayuh Longhouse
Penduduk kampung ni berketurunan Bidayuh. sure sure lah kan. nama pun Bidayuh Longhouse. masa kitorang lawat rumah panjang ni, kitorang sempat menemubual penjaga rumah panjang ni. dia orang kampung tu jugak. banyak jugak laa sejarah orang Bidayuh yang dia cerita. mereka kebanyakannya beragama Kristian. hanya sebahagian je yang menganut agama Islam dan animisme. dia cakap dulu orang bidayuh memang selalu pancung kepala musuh lepastu gantung dalam rumah. sekarang je amalan tu dah takde.
Kepala-kepala ketua musuh orang Bidayuh yang digantung dalam rumah |
tak ingat nama menara ni. tapi kegunaan ketua untuk panjat dan perhati keadaan sekeliling. |
yang baju hijau tu laa penjaga rumah panjang ni |
dan ini lah lokasi terakhir kami. memandangkan sudah tamat lawatan akademik kami, maka kami pun berlegar-legar di muka bumi Kuching untuk terakhir kali sebelum balik ke rumah memasing. maklumlah, lawatan buat masa cuti kannn.
so kat bawah ni tempat-tempat yang kami pergi selain tempat yang telah ditetapkan untuk lawatan akademik.
Kalau pergi Kuching tapi tak bergambar dengan kucing gedabak ni tak sah laa kan. |
Main giant bubble kat waterfront |
Sesi memborong kek lapis |
Grafiti. lawa gilaaa grafiti kat sini. dekat-dekat Kampung Cina. |
sekian entry panjang berjela aku. HAHAHAHA. aku ingat nak buat entry day by day. tapi macam mebazir entry je. baik aku satukan jee sekali. mudah. kah kahh. aku taip sikit jee, gambar jee yang gedabak. tu yang kena scroll lebih sikit.
memori bersama kat sini aku takkan lupa sampai bila-bila.
dan, yang belum sampai Kuching tu, boleh laa plan untuk jadikan Kuching sebagai next destination untuk pergi melancong dalam negeri.
kbai, sekian.
Assalamualaikum.