Assalamualaikum.
Harini aku nak share pasal Nuteen Anti-Acne & Oil Control Lotion SPF 25 iaitu sejenis moisturizer. Rata-rata skincare tips yang aku baca, semuanya tak bagi skip moisturizer lebih-lebih lagi untuk kulit muka jenis combination & oily.
Yang ni aku setuju. Sebab sebelum ini aku ialah seketul manusia yang menghadapi masalah kulit muka berminyak. Aku dengan blotting paper memang tidak boleh dipisahkan. Di mana ada aku, di situ laa ada blotting paper. Ibaratnyaaaaa.
Jadi, berbekalkan rasa rimas aku tuu, aku pun pergi watson untuk memburu moisturizer. Sebelum tuu aku dah study dah laa kat rumah pasal moisturizer ni dan aku dah aim pun moisturizer apa yang bakal aku beli. Tapi tulaa, watson cawangan aku pergi tu tak banyak pilihan pulak. Moisturizer yang aku nak tu takde laa pulek kat sana. Em dihnye. Masa tu aku ada dua pilihan jee samada nak ambik Nuteen atau Oxy. So aku pun compare laa ingredients kedua-dua produk ni. Dan aku mendapati dalam Nuteen ni ada terkandung Salicylic Acid dan dalam Oxy pulak takde.
So, aku decide untuk grab Nuteen. Dan ini lah moisturizer pertama dalam hidup aku. Lol.
Kenapa salicylic acid? Apa yang special sangat pasal acid ni?
Salicyclic Acid ni ialah sejenis beta hydroxyl acid (BHA) yang berfungsi untuk menyahkan lapisan luar kulit dan dalam perubatan bertindak sebagai chemical exfoliate. Biasa orang pakai scrub kan yang ada biji biji kecik tu kann? Haa, kalau scrub tu jenis physical exfoliate. Salicylic Acid ni exfoliate jenis chemical punya. Gitu lahh. Dan Salicyclic Acid ni juga merupakan musuh terbesar jerawat. So tak salah laa bila product ni buat tagline "Say No To Acne!". Kensss?
So ini dia review aku.
- Texture: Ringan. Macam kaler losyen tu laa tapi sumpah langsung tak greasy
- Easily absorb: Yes. Lepas apply, losyen terus kering meresap dalam muka.
- Oil control lotion: Yes.This moisturizer does as it claims to do
- SPF: Yes. SPF25.
Aku ada trust issue nak pakai moisturizer sebab takut greasy, kot laa kalau pakai muka makin berminyak. Rupanya tak wehhh. And amazingly, lepas pakai moisturizer ni minyak kat muka aku ni dah jadi terkawal. Kilang pemprosesan minyak kat muka aku ni seolah-olah sudah bankrupt. Har har har. Jadi aku isytiharkan bahawa Nuteen Anti-Acne & Oil Control Lotion SPF 25 ini ialah holy grail aku untuk masalah kulit berminyak.
Rate: 4/5
- 5/5: LOVE! Works so beautifully with my skin that I want to shout about it from the mountain tops! Would repurchase forever.
- 4/5: Like! Saw some results. Would happily repurchase if there's nothing else I want to try.
- 3/5: Meh. Made no difference to my skin. Would not repurchase.
- 2/5: Dislike. Some issues with using it. Would not repurchase.
- 1/5: FAIL! Made my skin worse. Would never repurchase.
Harap berguna lah yee untuk rujukan masa depan.
Okay, bye!