Pray

Wednesday, August 01, 2018

Greeting.

***

I found a man.

With a husband material package.

Except.

He don't pray.

***

So, ceritanya ada lelaki ni lamar aku ajak kawen laa. Orangnya baik paras rupanya sebaik perangainya tapi dia banyak taktau hukum hakam dan dia tak solat. Kadang-kadang solat, kadang-kadang tak. Mana aku tau? Dia laa bagitau, aku tanya.

Dia ni seorang yang bertanggung jawab. Dia bagi layanan first class kat mak ayah dia. Dia abang yang baik. Dia jarang marah dan apabila marah, marahnya sederhana dan tidak berlebihan. Dia bukan egois. Dia penyabar. Dia mudah memaafkan. Dia selalu meletakkan orang lain di hadapan melebihi keperluan dirinya sendiri.

TAPI.

Dia jarang solat. Terlalu jarang. Bila ditinggal, tidak diganti.

Aku pernah dalam situasi buntu, aku rasa patut ke aku tutup sebelah mata bab dia kurang agama sebab banyak lagi kebaikan dia yang lain. Jadi, aku minta pendapat kawan aku.

Ni dia WhatsApp aku. Aku quote semula jaa k.

"Kalau tak pandai mengaji atau kurang ilmu agama tu ok lagi bagi I. Takleh jadikan itu justifikasi seseorang itu beragama. Tapi kalau tak jaga solat, better reject ja laa. Takdak kehidupan bagi orang tak solat. Hanya menunggu mati, sebelum dicampak ke dalam api neraka. Kata orang alim, orang tak solat tu lagi jahat dari syaitan, orang tak solat musuh kepada sekalian makhluk yang taatkan Allah"

Haa, tu laa kawan aku cakap. Kawan aku kata, lelaki tersebut takkan berubah sebab aku pun. Dia akan berubah bila dia nak berubah.  Kalau sebelum kahwin ni pun dia tak solat, ingat lepas kawin dia senang-senang jee nak solat sebab aku?

Takde yang akan berubah drastik macam tu lepas kahwin kann?

Aku selalu pesan suruh jaga solat, tapi jauh disudut hati aku, aku ingin dibimbing. Yelah, aku kan perempuan. Tapi ini, aku malah membimbing (baca slang indon). Lol.

Tapi, aku tak menafikan kebaikan lelaki tersebut. To be very honest, lelaki ni jauh lagi baik dari aku. Kalau dari segi perangai menang dia la. Dia baik.

So, what say you? Maybe korang ada pendapat. Sudi-sudi laa share dengan saya kat ruang komen di bawah yee.

Bai.

Love you.


You Might Also Like

2 comments

  1. tak tau nak komen lebih2. cuma harap kalau betul ada jodoh, semoga Allah lembutkan hati Dia untuk berubah jadi lebih baik mudah-mudahan..

    ReplyDelete
  2. Realistically, it's going to be difficult for your friend onwards when it comes the time to raise children. Nanti the kids would feel weird and less inclined to pray sebab ayah sendiri pun tak solat. Tapi kita tak tahu ending kita macam mana kan. Doakan dia diberi hidayah.

    ReplyDelete

LIKE ?