The Best Fashion Online Destination

Greetings.
Quick recap, for the past 3 years in Malaysia market, ZALORA is growing rapidly and has been acknowledged as the best fashion online destination. This website also available in other countries such as Thailand, Indonesia, Singapore, Vietnam, Taiwan, Philippine, and also known as The Iconic in New Zealand and Australia.
In Malaysia itself, ZALORA always mistakenly known as one of the new international brands when it was first advertised. This amazing online portal is actually offering a wide range of fashion items including clothes, shoes, bags, accessories and other products for women and men. It features a list of well-known international and local brands and also not forgotten various collaborations with famous designers.


Experience yourself by taking 10 minute break to browse this website and be amazed with their daily crazy promos! Not only featuring fashion items on the main webpage, ZALORA is also giving a online platform to independent sellers to sell their goods via ZALORA Marketplace.


And for those who prefer to do their online shopping on-the-go, ZALORA Mobile App is also now available for Android and iOS users. Download this user-friendly app for free and you might have a chance to enjoy additional discounts for app users. All items are delivered to you by trusted currier within 1-3 working days with hassle free returns!


Ps: Psst. So far, banyak review aku baca pasal Zalora ni. Dan raaaamai yang puas hati. Pantas dan efisien katanya. Minat bershopping? Pilih lah Zalora. Semestinya destinasi terbaik anda.

Mujur ada Zalora (tiru iklan Pamoga) kah kah kahh!

Sekian.

Assalamualaikum.


Permohonan Online Maktab Perguruan (IPG) 2016.

hai gais.


Permohonan online maktab perguruan 2016. Semua pelajar lepasan SPM yang berminat untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perguruan di maktab perguruan bolehlah mula mengisi borang secara online. Permohonan online mula dibuka kepada semua yang berkelayakan pada 17 Februari 2016.

Berikut merupakan butir-butir mengenai permohonan maktab perguruan 2016 ini. Syarat Kemasukan Kursus Maktab Perguruan PPISMP 2016:

  • Warganegara Malaysia.
  • Umur mestilah tidak melebihi 20 tahun pada 30 Jun 2016 iaitu lahir pada atau selepas 30 Jun 1996.
  • Calon mesti sihat tubuh badan.
  • Calon mesti aktif dalam kegiatan kokurikulum.
  • Calon mendapat gred cemerlang. Makluman Gred cemerlang merangkumi gred A-, A dan A+ dalam mana-mana lima (5) mata pelajaran di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
  • Calon mesti mendapat sekurang-kurangnya gred kepujian dalam mata pelajaran yang berikut iaitu: i) Bahasa Melayu; dan ii) Sejarah.
  • Calon mestilah lulus Bahasa Inggeris.

Tarikh Tutup Permohonan: 8 Mac 2016
Semakan Panggilan Temuduga UKCG 2015: 23 hingga 29 Mac 2016
Tarikh Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) 2016: 30 Mac hingga 3 April 2016
Semakan Keputusan Maktab Perguruan 2016: Mei 2016


Just in case ada anak-anak, adik-adik, kakak, abang yang nak masuk IPG boleh laa cuba buat permohonan. Good Luck and save the date!

Ohyaa, sebagai nota tambahan untuk yang belum tahu. Sebelum di'rebrand' dengan nama Institut Pendidikan Guru (IPG), IPG dikenali dengan nama 'Maktab Perguruan'. Since bebudak yang masuk IPG akan keluar sebagai degree holder, so dia naik taraf daripada "maktab" kepada "institut". Upgrade daripada 'diploma' kepada 'degree'. Haa, begitulah al-kisahnya.

Akhir kata, majulah Human Architect (cikgu) untuk negara! :D
🌸

Misi Pencarian Sabahan Blogger by Ennor P Zurah

hai gais.

entry kalini taip dalam slang Sabahan. maklumlah, nama pun Misi Pencarian Sabahan Blogger kann.

Deal with it. heh :D


firstly, tengkiyu si Capikkk kawan Blogger Sabahan saya sebab tag saya join Misi Pencarian ni. 

tapi, memang begitu laa, kalau tengah-tengah blogwalking kan, baru terjumpa blogger dari Sabah, memang feeling dia excited semacam. orang kampung bha pulak tu kan :D

so, misi ni lebih kurang macam reunion laa untuk blogger Sabahan. 

Syarat join adalah seperti berikut:

1. Follow Blog CeritasiEnnor (mesti)
2. Follow Instagram dan Twitter *kalau ada
 3. Buat Entri bertajuk 'Misi Pencarian Sabahan Blogger by Ennor P Zurah'

4. Copy Banner di bawah dan link kan ke entri Ennor.
5.Tag 3 kawan  
6. Comment dan letakkan link penyertaan di entry Misi Pencarian Sabahan di blog Ennor

Untuk penuhi syarat, aku tag:

Namy, Idey dan Leya

Selamat Be-reunion! 

Buku Fixi Giveaway By Yaya

hai gais.

firstly, terima kasih kepada Igs sebab tag.

kenapa aku join GA ni?

1) Kena tag

2) Aku minat gilaaaa kat buku fixi. 

wa cakap sama lu. buku fixi ni lain sikit dari buku-buku yang lain sebab kenkadang kita tak boleh nak expect ending dia. suka twist plot. tu yang best. lepastu, bila bab suspen, mau berpeluh-peluh, berdebar, neves, semua ada. macam jee kau watak utama dalam novel tu. kah kahh.

sebagai memenuhi syarat GA ni, aku kena tag tiga orang blogger. so, aku tag:

Syippo, Shafique dan Syikin

Semua dengan Capital S. sangat bermotif kann? HAHA. good luck untuk yang kena tag.

nak join, klik je banner tu. 

Goodluck!


You’ve Been Pooping Wrong Your Entire Life

hai gais.

yee, tajuk aku memang omputeh, tapi entry aku dalam bahasa melayu. deal with it. heh.

harini aku nak kongsi 7 TIPS untuk menjaga kesihatan Sistem Pencernaan dan Perkumuhan.

#7 Serat

Fiber

Cadangan doktor untuk pengambilan serat ialah sebanyak 25 hingga 30 gram sehari.


#6 Minum Air Secukupnya

Drink Enough Water

Cadangan: 8 gelas sehari.


#5 Kafein

Caffeine

Secawan kopi suam membantu melancarkan pembuangan najis. (HAHAHA, mohon jangan jijik dengan entry ni okey)


#4 Bersenam

Exercise

Bersenam secara konsisten membina badan yang sihat


#3 Urutan

Massage

Urut bahagian perut dan perineum (the area between the anus and the scrotum or vulva) untuk melancarkan proses yak yak (if you know what I mean) *senyum senget*


#2 Schedule

Schedule

biasanya, individu yang normal akan "membuang" pada waktu yang sama setiap hari. so, make sure, bila nak dekat-dekat dengan schedule tu, reserve laa masa lebih sikit untuk membuang tu. nanti kelam kabut pulak nak membuang, nak pergi kerja lah, nak pergi sana lagi, nak pergi sana pulak. kangg tak aman nak membuang. *membebel* kbai. HAHAHA.


#1 Squatting Potty (Tandas Cangkung)

Squatting Potty

Squatty potty opens the colon. Proper squatting toilet posture fully relaxes the muscle, allowing the colon to empty quickly and completely.

yang ni serius talk, aku kena explain dalam Bahasa Inggeris. sebab istilah Sains kannnnn. plus kang aku TERguna bahasa terlampau untuk explain, malu lah makkkk. mihmihmih :3

oke, entry ni aku buat sebab aku nak membebel tips yang terakhir ni sebenarnya. 

SEBENARNYA, Sunnah buang air besar mengikut Sunnah Nabi ialah dengan bercangkung dan mengiring ke kiri serta tangan menekan perut sebelah kiri (Rujuk Tips #3). rupa-rupanya Rasulullah SAW dah ajar lebih 1400 tahun yang lalu lagi sebelum dibuktikan dengan kajian saintifik.

hebat bukan?

Subhanallah. Dalam Islam, setiap perakuan ada guideline nya yang tersendiri. 'step-by-step' diterangkan secara terperinci. Jika anda Muslim, marilah kita bersama-sama panjatkan kesyukuran kepada Illahi kerana diberi nikmat Islam dan Iman. *senyum*

oke, sekian tips hari ini. tips ni aku terbaca dari blog omputeh. kemudian aku memelayukan akan ia di blog aku ini (tulis style kitab lama). HAHA.

kbai. 

Assalamualaikum.

P/s: untuk video kajian saintifik tentang Squatty Potty boleh klik SINI . aku nak masukkan video kat sini sebenarnya tapi Bad request Error 400 pulak. masalah apa entah aku taktau. nak follow orang pun bad request kenkadang. so mintak maaf sesangat kalau tak dapat nak follow back :(

Permohonan BR1M 2016 Secara Online Di Buka

hai korang.

tadi blogwalking kat blog Kak Lyssa terbaca pasal permohonan BR1M 2016 secara online dah dibuka. so, apa lagi. boleh laa cuba mendaftar. kut kut rezeki kann, dapat laa duit rakyat poket lebih. hikhik.

untuk yang pernah memohon BR1M sebelum ini, boleh klik link di bawah untuk mengemaskini maklumat: 

Kemaskini Maklumat Terkini BR1M

Credit: Kak Lyssa
untuk PERMOHONAN BARU dan yang tak pernah memohon macam aku ni boleh -->> Klik Sini

Selamat mendaftar dan dipersilakan share kepada keluarga dan sahabat handai.

bai semua.

I Wanted to Tell You All My Secrets, but You Became One of Them Instead.

 
greetings.
 
 
Have you ever liked someone without them knowing? Have you ever liked someone without any idea if they ever feel the same towards you?

Well apparently, I do.

I know he doesn’t even notice me, I am not the very first person he wants to see through his news feeds, I am not the one he wishes to see online, I know he doesn’t look forward to see me. He doesn’t say these stuffs but I could sense it through my own understanding.

But I never felt or thought that liking someone secretly is even a bad idea at all. Though I still don’t exactly know why I like him up until now.

I guess that’s the thing about love or about liking someone. It doesn’t always tend to have reasons. We may love or like people because that’s what we feel. No reasons, no excuses, no buts. We just do. And that kind of feeling is surely worth it.

If that someone I like doesn't feel the same, it's okay. I won't beg for that. But if he feels the same it'll be so amazing.

If fate would allow that to happen, I know it'll happen in the right time and place. And I want it to be sincere, true and I want it to last forever. Because I fvcking hate lies, break-ups and relationships full of tears and stupidity. I want a mature one. I want my own fairy tale.

Keep your hopes up. Never let yourself drown in the darkness. Lift your wings up high.

bai.
 

Azam 2016?

 
hai gais.
 
well, well. baru awal bulan Disember aku dah set goal untuk 2016. yelahh bukan apa, selama ni aku tak pernah ada azam tahun baru pun. kuang kuangg. kalau orang tanya soalan klise tentang azam tahun baru, akan ku balas dengan jawapan klise jugaaaa iaitu, "nak jadi lebih baik dari tahun lepas".
 
mainstream answer for a mainstream question.
 
keh kehhh :3
 
tapi serius, aku tak pernah set goal tahun baru sebab bagi aku, tiap-tiap hari adalah hari untuk improvement.
 
so, kenapa kalini tetiba ada goal untuk 2016?
 
sebab, by the end of 2016, I must achieve all the LISTED goals. it is a MUST! *angguk-angguk*
 
kira macam due date aku la. by hook or by crook, aku mesti penuhi jugak sebelum masuk tahun 2017. 
 
gituhhhhh.
 
so this is my 2016's goals: 
 
1) kena fasih cakap arab. tahap kalau jumpa mamat arab pun aku tak gelabah nak balas. or, paling teruk pun, boleh sembang arab dengan lecturer aku, dengan yakinnyaa. 
 
sebab sekarang, aku so-so jee nak cakap arab. kalau nak sembang dengan lecturer memang segan lah makkk. arab mak bersepah kut. 
 
2) movement aku dalam Seni Silat kemas dan cekap tahap aku volunteer nak masuk tournament silat. 
 
sebab, sejak sekolah aku tak pernah berani nak masuk silat olahraga. HAHAHA. kalau buat demo silat (pattern) tuu aku boleh laa. part tournament nak sparring dan lawan-lawan tu kecut aku KOTTTTT. kah kahhh.
 
so, azam aku tahun depan, aku dah tak takut nak join pertandingan lawan-lawan. biar kalau aku masuk tournament tu memang sebab lapar-penumbuk-tapi-kalau-kau-berani-tumbuk-aku-try-lah-kalau-taknak-makan-penumbuk-aku.
 
gituhhhhh.
 
Selfie sebelum demo silat sempena Majlis Penutupan Karnival Sukan 2015 IPGM
 
3) fasih 8 Surah Hafazan dan surah-surah yang ditaklifkan (dipertanggung-jawabkan) kepada aku. 
 
dulu, masa sekolah aku lancar jee baca 8 surah hafazan ni. tapi bila masuk IPT ni aku jadi kejutan budaya gituhhh. dah tak ulang-ulang baca hafazan aku. lepastu, jadilah macam sekarang ni. jadi macamana? lupa semua? bukann. aku ingat lagi. tapi, bila aku baca, aku lupa apa kepala ayat untuk ayat seterusnya.
 
loser bukan? ayah aku kata berdosa tau bila dah hafal quran, lepastu lupa.
 
*nangis*
 
so, tahun depan adalah due date untuk aku hafal dan lancarkan balik surah-surah ni.
 
doakan aku gais 
 
***
 
korang dah jadi saksi azam tahun baru aku. harapnyaa tercapai. oh, bukan harapnya dah, wajib bagi aku cakap benda yang tersenarai ni.
 
nampak tak faktor peningkatan usia tu? azam aku semakin terperinci bukan? tidak lagi umum seperti dahulu. keh keh kehh.
 
so, ini azam aku. azam korang pulak? meh laa share. kita sama-sama mendoakan azam kita semua tercapai.
 
muahh cikedddd.
 
Assalamualaikum. 
 
 

I'm a Backpacker: Korea

 
hai gais.
 
3 hari lepas, aku pergi pesta buku Sabah kat Karamunsing. aku nak cari buku Momen Mat Luthfi, tapi malangnya takdekk. so, penjual buku tu recommend kat aku buku-buku yang latest.
 
dan ini hasil tangkapan aku. tadaaaaa ~
 
Credit: Google
 aku beli sebab nampak word BACKPACKER tuu. sebab aku memang minat ber-backpacking-backpacking ni. dan telah pun menyenarai-panjangkan tempat-tempat yang ingin aku kunjungi. dan mungkin akan berkunjung dalam masa terdekat dalam mimpi. lel. *gelaklah gais*
 
then, lepas baca buku ni aku rasa Korea wajib masuk wishlist aku. dan aku dah mula servay tiket nak pergi Korea. effort yang penting gais. HAHAHAHA.

tapi, tapi dan tapi.
 
duit Korea mahal gilaaaaa. 1000 won = RM 3.70
 
lunch dalam 30 000 won = RM 90 +- 
 
(hoi, lunch jeee kot)
 
so, selaku student yang miskin dan bergantung sepenuhnya dengan elaun semata, aku rasa kena tunggu berlaki laa kut lepastu ajak dia honeymoon kat sini. kahkahh. nak harapkan aku yang masih belajar ni memang tak mampu lah nak oi.
 
oh, thug life. *nangis dalam selimut*
 
so, siapa yang rasa nak pergi Korea, dan rasa macam perlukan tips dan guide, aku recommend beli buku ni. sebab dia cerita habis, bermula dengan perkara yang korang kena buat sebelum pergi Korea, mana tempat nak solat kat sana, tempat makan yang halal, budaya, destinasi perlancongan, transport dan banyak lagi lahh. buku dia menarik gilaa, banyak gambar serta grafik berwarna warni. sangat sesuai untuk kanak-kanak ribena seperti aku KHUSUSNYA. heh.

okayy tu je dari aku. kbai. sekian.

Assalamualaikum.