Lawatan Hubungan Etnik ke Kuching.


 
hai.
 
harini, aku nak cerita pasal Lawatan Hubungan Etnik ke Kuching pada semester lepas (Semester 3). heh, baru nak cerita. maklumlah, baru nak aktif blogging balik :3
 
untuk yang belum tau, aku student IPG (Institut Pendidikan Guru) kat Besut, Terengganu. so, aku ni insha-Allah future teacher lah.

Masa Sem 3 yang lalu, kitorang ada subjek Hubungan Etnik. mengikut proforma (sukatan pelajaran), kitorang wajib mengadakan lawatan akademik untuk subjek ni. maka, kitorang pilih untuk buat lawatan ke Kuching, Sarawak. ternyata, pemilihan tempat ini banyak menimbulkan kejelesan banyak pihak, terutamanya senior atas kitorang sebab lawatan dorang dulu buat kat Penang je. hik hik. kitorang lagi jauh (Terengganu-Sarawak). riak, astagfirullah.
 
ni tentatif program kitorang.
 
Boleh klik gambar untuk tumbesaran. heh.



Pemplate ni aku yang buat sebab aku kena lantik jadi AJK Dokumentasi. aku rasa setiap kali camping ke apa-apa yang memerlukan AJK, aku mesti dapat AJK tu. cuma sekarang je aku tak kena lantik dah jadi AJK tu, sebab aku bising, balik-balik aku kena buat kerja yang sama. bagi laa aku buat benda lain pulak. (sis rebel). kahkahh.

so, macam kat tentatif tu, lawatan kitorang berjalan selama 3 hari 2 malam. tapi, nak boleh sampai ke Sarawak tu punya rasa lama gilaaa.

kitorang bertolak 12 Mac dari IPG naik bas (malam). dalam bas tu pun dah berjam-jam nak tunggu sampai KL. pagi esoknya 13 Mac, alhamdulillah kami selamat tiba ke Terminal Bersepadu Selatan (TBS). sampai je TBS, kitorang pergi Stesen Bandar Tasik Selatan (Sebelah TBS), naik KLIA Express untuk ke KLIA. dengan masing-masing bawak luggage penuh tangan apa semua. memang thug life lahhh. (masatu IPG takdapat sediakan bas sebab masalah apa tah aku lupa). agak sadis awal-awal perjalanan tu. tapi rasa best gilaaa, sebab semua benda ni kau lalui dengan classmate sendiri. so rasa laa susah senang sama-sama tu. hihi :D

Bertolak dari Terengganu-KL (Bas)

Stesen Bandar Tasik Selatan (Sebelah TBS)

Le' Boys

kitorang tiba di KLIA kira-kira pukul 11 pagi. lepastu kitorang semua pun mereput kat sana tunggu flight dari KL ke Kuching (KUL-KCH) pukul 4.00 petang. bapak lamaaa. kan betul aku cakap, nak boleh sampai ke Kuching tu lama gilaaaa. HAHA. *ketawa keluar air mata*

Muka-muka manusia yang mereput kat KLIA

pukul 6.00 petang sampai Kuching, kitorang pun terus pergi check in IPG Tun Abdul Razak, Kota Samarahan (IPTAR). memang macamtu lah kehidupan ber-IPG, saling bantu membantu. keh kehh. so, kos penginapan kitorang free lahh. hihi.

Kitorang stay bilik tetamu. Memang selesa gilaaa lah. IPTAR terbaik!

ohyaa, lupa nak bagitau. masa ni, rombongan pelajar (21 orang) dengan rombongan pensyarah pengiring (6 orang) ke Kuching berasingan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. jadi, kitorang bertolak sehari awal. dan keesokan harinya baru rombongan pensyarah pengiring pula tiba.


14 Mac 2015 (Hari 1)

sementara tunggu pensyarah pengiring tiba, kitorang berjimba dulu kat Summer Mall. classmate aku yang duduk Kuching tu bagitau, yang mall tu baru lagi.


malam tu, kira-kira pukul 8.30 pm, kitorang ada interaksi dengan JPP IPTAR.


15 Mac 2015 (Hari 2)

perjalanan sebenar bermula pada hari kedua ini.

untuk hari kedua, kami pergi dua tempat iaitu, Rumah Budaya Sarawak dan Muzium Negeri Sarawak.

1) Rumah Budaya Sarawak.

 juga dikenali sebagai 'Muzium Hidup'. kampung ni menyediakan maklumat mengenai pelbagai budaya tradisional dan cara hidup mereka. kat sini korang boleh tengok replika bangunan yang melambangkan setiap kumpulan etnik utama di Sarawak seperti rumah panjang orang Iban, Bidayuh dan Orang Ulu, rumah tinggi orang Melanau dan banyak lagi. 

Dalam setiap rumah ni, akan ada orang yang jaga (petugas) dan berpakaian ikut etnik rumah masing-masing. kalau masuk Rumah Penan, orang yang jaga berpakaian etnik Penan. gituhhh.

'Baruk' House (Head House)



Ni kat Rumah Penan. Boleh fefeeling Penan menyumpit.

Depan Rumah Bidayuh

Dalam rumah tinggi Bidayuh

Tangga dia sikit punya gerun.
Perkampungan ini juga mempunyai teater  yang mana korang boleh menikmati persembahan tarian pelbagai budaya (skema kan bunyinya. kah!). kitorang ada masuk teater dia. memang GEMPAKKK lah tarian budaya dorang. kalau datang ke sini wajib masuk teater okehh?

Dia boleh imbang badan atas kayu tu guna perut. memang style ah.

2) Muzium Negeri Sarawak.

 kat Sarawak ni ada banyak muzium. tapi haritu kitorang masuk Muzium Etnologi (Bangunan Lama).

Bangunan ni ada dua tingkat. 

kat tingkat bawah ada koleksi alam semulajadi dan specimen fauna Sarawak; reptilia, mamalia, dan burung misalnya.


kat tingkat atas, ada bahan-bahan etnografik contohnya, model-model rumah panjang, perbagai jenis perangkap ikan dan haiwan, kraftangan, model perahu dan macam-macam lagi.

basically, semua pasal etnik Sarawak lah. so, kalau korang nak tau lebih pasal etnik-etnik Sarawak ni, boleh laa datang muzium ni. 


16 Mac 2015 (Hari 3/Last Day)

hari ketiga, kitorang pergi dua lagi tempat iaitu Gua Angin dan Kampung Benuk, Bidayuh Longhouse.

1) Gua Angin

Gua Angin merupakan sebuah gua batu kapur yang terletak di Pekan Bau, Kuching, Sarawak. kenapa dipanggil Gua Angin? sebab terowong dalam gua ni menjadi laluan angin keluar masuk. itulah alkisahnya. *tepuk tangan*

Dalam gua ni terdapat pembentukkan stalagmit, stalagtit dan formasi batu kapur yang berusia lebih 60 juta tahun. *baca dengan nada gempak* HAHAHA.

bahagian lelangit gua. banyak jugak lekuk-lekuk macamtu.

Stalagtit. (terima kasih pada pencahayaan lampu suluh sewa. HAHA. dalam ni gelap sebenarnya)

Bayaran masuk: RM3.00 (dewasa), RM1.50 (kanak-kanak)

Sewa lampu suluh: RM3.00 sebuah 


2) Kampung Benuk, Bidayuh Longhouse

Penduduk kampung ni berketurunan Bidayuh. sure sure lah kan. nama pun Bidayuh Longhouse. masa kitorang lawat rumah panjang ni, kitorang sempat menemubual penjaga rumah panjang ni. dia orang kampung tu jugak. banyak jugak laa sejarah orang Bidayuh yang dia cerita. mereka kebanyakannya beragama Kristian. hanya sebahagian je yang menganut agama Islam dan animisme. dia cakap dulu orang bidayuh memang selalu pancung kepala musuh lepastu gantung dalam rumah. sekarang je amalan tu dah takde.

Kepala-kepala ketua musuh orang Bidayuh yang digantung dalam rumah

tak ingat nama menara ni. tapi kegunaan ketua untuk panjat dan perhati keadaan sekeliling.

yang baju hijau tu laa penjaga rumah panjang ni

dan ini lah lokasi terakhir kami. memandangkan sudah tamat lawatan akademik kami, maka kami pun berlegar-legar di muka bumi Kuching untuk terakhir kali sebelum balik ke rumah memasing. maklumlah, lawatan buat masa cuti kannn.

so kat bawah ni tempat-tempat yang kami pergi selain tempat yang telah ditetapkan untuk lawatan akademik.

Kalau pergi Kuching tapi tak bergambar dengan kucing gedabak ni tak sah laa kan.

Main giant bubble kat waterfront

Sesi memborong kek lapis
 
Grafiti. lawa gilaaa grafiti kat sini. dekat-dekat Kampung Cina.
sekian entry panjang berjela aku. HAHAHAHA. aku ingat nak buat entry day by day. tapi macam mebazir entry je. baik aku satukan jee sekali. mudah. kah kahh. aku taip sikit jee, gambar jee yang gedabak. tu yang kena scroll lebih sikit.

memori bersama kat sini aku takkan lupa sampai bila-bila. 

dan, yang belum sampai Kuching tu, boleh laa plan untuk jadikan Kuching sebagai next destination untuk pergi melancong dalam negeri.

kbai, sekian.

Assalamualaikum.






Under Construction

 
hai.
 
alhamdulillah. alhamdulillah. alhamdulillah.
 
EXAM DAH HABISSSS! YEAYY!!
 
officially, sem 4 comes to an end.
 
HURRAH!
 
happy tak terkata. tak sabar nak balik rumah. hiks.
 
so, plan cuti ni aku nak buat macam-macam.

salah satunya, aku nak modified belog aku ni. HAHAH. nak kasik wajah baru sikit. so, kalau korang datang belog aku, tetiba ada macam tak siap, susun atur lintang pukang, maaf ye. paham-paham lah. under constuction lah tu. tapi takpe, datang jee dan drop kat komen atau cbox. nanti kita visit back.
 
 
 

kbai. tu jee. muah ciked :*

Assalamualaikum.

CRUSH : Makhluk Apakah?

 
hai gais.
 
minggu-minggu nak exam ni, aku memang suka ngelat nak study. masa sibuk nak exam ni laa tetiba rajin nak hapdet belog, rajin nak melukis bagai. kau tunggu habis exam, harem aku nak buat benda-benda ni semua. tapi takpelah, alang-alang dah ada mood nak update belog ni, aku ikat kuat-kuat tak bagi lari. yelahh, bukan senang nak ada mood menghapdet apa semua ni. heh.
 
ada satu kata-kata ni, "Jangan risau untuk perkara yang belum kau perolehi tapi risaulah tentang perkara yang kau belum syukuri". so dalam konteks aku, aku jangan risau mood study tak datang lagi. tapi risau bila aku bilaa mood menghapdet belog ni aku tak hargai. tudiaaaa. dah biasa jawab soalan esei. kat entry belog sendiri pun boleh goreng. koh koh kohh. 
 
mukaddimah pun dua perenggan. bukan main. HAHAHAA. 
 
oke, berbalik pada tajuk. "CRUSH". aku saja nak cerita dialog yang berlaku antara classmate aku tempoh hari.
 
dialognya begini:
 
aizuddin: crush tu apaa?
najmi: crush tu syok sendiri.
 
mak aihh. sentap sampai ke tangkai jantung aku dengar najmi cakap macamtu. kah kahh. takleh sadis lagi ke definition tu?
 
 
ada lagi sorang member aku, dia berpegang pada definisi ni:
 
 
yang ni aku tak setuju sangat. this situation doesn't apply on me. heh.
 
bagi aku crush tu inspiration. simple. tak bermaksud kau kena bersama dengan dia. tak bermaksud kau tak pernah bercakap dengan dia. cuma seketul insan yang kau admire, dan kau berharap kau jadi macam dia.
 
haritu, ada sorang member cakap kat aku, lebih kurang gini lahh. aku pun lupa-lupa ingat, "madihah, kalau pun aku jadi pemungut sampah, aku akan pastikan aku jadi pemungut sampah terbaik dalam daerah tu. biarlah kau benci macamana pun benda tu, tapi bila sekali kau dah buat, buat sampai perfect".
 
dan aku pun terinspirasi. serta mula study.
 
serta merta.
 
serta merta juga, dengan penuh hormat, aku melantik beliau sebagai sumber inspirasi aku sepanjang study week ini dan akan tamat perkhidmatan sebaik saja tamat kertas peperiksaan yang terakhir. kahkahh!
 
Sekian.
 

kata-kata member aku tu aku letak kat papan notis bilik. satu lagi aku lekat kat sini. sejenis kata-kata yang aku kira agak membangunkan. membangunkan ke idok korang baca nih? lel.

so, adik-adik, kawan-kawan meh mormor pesan. bila dah mulakan sesuatu make sure sampai ke garisan penamat. okeh?
 
okelahh, aku rasa semangat study aku dah datang balik dah ni. haa, kbai. gua chau dulu.
 
Assalamualaikum. 
 
***
 
Last Paper: 16 November 2015
 
Subjek: Pengurusan Sumber dan Pengajaran Bahasa Arab Berbantukan Komputer
Doakan. 
 
Muah cikedd :*

Fangirling

 
hai semua.
 
Maksud Fangirling
 
fangirling ni terdiri daripada dua perkataan. "Fan" bermaksud peminat. "Girl" maksudnya perempuan. "-ing" tu maksudnya perbuatan yang sedang anda lakukan.
 
 

kesimpulannya, "fangirl" ni bermaksud peminat-peminat perempuan dan minat yang aku maksudkan ni bukan minat biasa-biasa tapi tahap minat gilaaaaa dan obses. biasanya yang diminati ni ialah artis. atau boleh jadi minat kepada mana-mana hotstuff ataupun tweetfamous atau instafamous dan yang sama waktu dengannya. boleh jadi jugak minat dan obses kepada sesuatu. contohnya, gila komik, gila novel, gila runningman. eh! tapi, entry kalini aku nak fokus pada gilakan "seseorang" (manusia).
bagi aku, minat kat lain jantina tu normal lah. fitrah manusia. tapi, sebenarnya selepas aku bermuhasabah, sebenarnya fangirling ni tak baik untuk kesihatan hati. 
 
dan aku selaku seketul gadis normal, juga tidak terlepas dari fangirling ni. heh. tapi fangirling aku masih boleh dikawal. alhamdulillah, iman masih tebal. keh!

sepanjang hayat aku, aku jadi fangirl kat tiga orang ni jee.
 
 1) Four 
 
(dulu aku ingat nama sebenar dia, tapi sekarang aku lupa dah T_T)
 
Too charm that I could die. erghhhh. *sesak nafas*

Tobias Eaton (Four)

Dia ni berlakon dalam cerita "Insurgent" dan "Divergent". kalau korang belum tengok, sila lahh tengok. sumpah charm gila nak mati. *sesak nafas kali kedua*

kahkah.

2) Zul Ariffin


walaupun aku dengar ramai tak suka dia ni, ada aku kisah? HAHA. kalau aku dah suka, aku suka jugak. lel.

aku mula minat kat dia masa dia berlakon drama Maid kat Astro Ria. sejak hari itu aku fangirling kat dia and still counting.

muah ciked :*

3) Shaheizy Sam (Inspektor Khai)


 

sebelum ni aku memang dah minat kat Sam. tapi lepas tengok Polis Evo, aku jadi takboleh nak move on. ohmaigodd. aku tengok banyak kali cerita Polis Evo tu semata-mata nak tengok part Sam jee. 

oh, gua jatuh cinta. HAHA.

I hope we can meet someday, having a lot of chat and some selfies. okay? hiks.

sangat fangirling. lel. 

nah, pesanan untuk korang bertiga. (bajet macam dorang view blog aku je. kah!)



  
 okay, sebelum kita meninggalkan entry ni marilah kita bersama-sama istighfar tiga kali demi kesihatan hati. 

koh koh kohhh.

kbai,

Assalamualaikum.

Definisi Solehah

 
hai semua.
 
harini aku nak cerita pasal wanita 'solehah'.
 
Credit: Google

ceritanya bermula bila aku sendiri tak paham apa maksud solehah yang sebenar? apa kriteria yang perlu ada pada si solehah? bagaimanakah seseorang itu layak digelar solehah?

yelahh, sebagai seorang perempuan, tipulah kalau takde impian dan cita-cita untuk jadi solehah. kalau tak rasa nak jadi solehah pun, at least kagum dari kejauhan dengan wanita-wanita solehah ni dan berharap 'satu hari' akan jadi macam dorang jugak. ops, jangan tanya 'satu hari' tu bilaa. i got no answer. lel.
 
so, berbekalkan cita-cita nak jadi solehah, aku pun google laa apa maksud solehah tu. dan, untungnyaa, aku dibawa ke blog Rusydee Art. mesti semua orang kenal dia kan? ohh tak kenal? Encik Sederhana kenal? Abang Bikai? Penulis Misteri pulak kenal? heh. tu semua orang yang sama. oke, klik nama Rusydee Art yang aku mention tadi, dan korang akan dibawa ke blog beliau. bagi aku definisi Solehah yang dia bagi cukup tepat dan padat.
 
aku taknak copy kat sini. sebab... hak cipta terpelihara *flip hair*. lel. aku belajar tajuk Hak Cipta Terpelihara sem ni gais. so, aku cuba beramal dengan ilmu aku lah. heh. (innocent excuse)
 
oke, berbalik pada tajuk. menurut seorang blogger, Husna namanyaa, solehah ni terbahagi kepada dua. satu, solehah dari kaca mata manusia. dua, solehah pada pandangan Tuhan. aku sangat-sangat setuju dengan statment dia. well, semua orang tahu. zaman sekarang ramai sangat manusia suka buat kerja Tuhan. semua nak jadi judgemental. semua suka nak hukum orang. dan memang logik, jika definisi solehah itu sendiri terbahagi kepada dua.
 
 
 Solehah di mata manusia.   
 
Credit: Google

 Perempuan cantik, pakai tudung labung, pakai jubah, pandai masak dan menjahit, rajin, ayu dan sentiasa tersenyum adalah pakej perfect untuk menjadi seorang solehah. orang cakap, pakej lengkap nak buat menantu.
 
mudah bukan?
 
people be like, 
 
"weh, sopan kan dia tu. solehah gila"
 
"bagus lah awak ni. dah la pandai masak. pandai menjahit. pandai kemas rumah. solehah betul awak ni"
 
"solehah kan akak tu? manis jee berjubah dan bertudung labuh"
 
tapi, solehah kat mata manusia, belum tentu solehah pada nilaian Tuhan.
 
dan orang yang kasar macam aku, tak bertudung labuh sampai siku, tak berjubah memang jauh laa dari title 'solehah' tu. ohh, sadlife.
 
banyak kali aku pujuk diri, aku hidup kat dunia ni bukan untuk manusia, tapi untuk Tuhan. 
 
senyum ;) 
 
 
Solehah di mata Pencipta. 
 
Berbeza di mata Pencipta. Input yang kita penuhkan di jiwa, disitulah letaknya nilaian Sang Pencipta.
 
Solehahnya wanita apabila taatnya pada Allah melebihi taatnya pada hamba Allah. 
 
Solehahnya wanita apabila cintanya pada Allah melebihi kecintaanya pada dunia.
 
Solehahnya wanita apabila ibadahnya,tawadhuknya benar-benar hanya untuk Allah dan bekalan hari Akhirat.

Itulah wanita solehah di sisi Allah. 
 
akhirnya, hanya Tuhan yang pandang hati. hanya Tuhan yang tahu banyak mana kau perlukan Dia. hanya Tuhan yang nampak titis air mata yang gugur dek menginsafi dosa. 
 



manusia mana tahu. manusia cuma tahu pandang luaran. dan keluarkan kata bukan-bukan. *angkat bahu juih bibir*
 
kawan aku pernah cakap kat aku, "i don't believe in anything except God. seriously. after 21 years of life, only God will never betray you. He is and always will be just. He will reward you and punish you accordingly"
 
dia speaking gais. heh. and yeah, aku jarang tak setuju dengan dia.
 
kau berharap pada manusia. kau nak tunggu semua manusia suka kau, penat. penat gais penat. sebab akhirnya, kau hamba Tuhan. hidup kau untuk Dia. untuk redha Dia. abaikan kata-kata manusia. sebab manusia takkan puas dan takkan pernah penat menghukum kau.
 
Konklusi, Quran dah bagitau jelas dah yang wanita solehah itu adalah mereka yang:
 
1) Taat kepada Allah dan Rasul
2) Taat kepada suami


oke, sekian. moga Allah jaga. :)