Fangirling

 
hai semua.
 
Maksud Fangirling
 
fangirling ni terdiri daripada dua perkataan. "Fan" bermaksud peminat. "Girl" maksudnya perempuan. "-ing" tu maksudnya perbuatan yang sedang anda lakukan.
 
 

kesimpulannya, "fangirl" ni bermaksud peminat-peminat perempuan dan minat yang aku maksudkan ni bukan minat biasa-biasa tapi tahap minat gilaaaaa dan obses. biasanya yang diminati ni ialah artis. atau boleh jadi minat kepada mana-mana hotstuff ataupun tweetfamous atau instafamous dan yang sama waktu dengannya. boleh jadi jugak minat dan obses kepada sesuatu. contohnya, gila komik, gila novel, gila runningman. eh! tapi, entry kalini aku nak fokus pada gilakan "seseorang" (manusia).
bagi aku, minat kat lain jantina tu normal lah. fitrah manusia. tapi, sebenarnya selepas aku bermuhasabah, sebenarnya fangirling ni tak baik untuk kesihatan hati. 
 
dan aku selaku seketul gadis normal, juga tidak terlepas dari fangirling ni. heh. tapi fangirling aku masih boleh dikawal. alhamdulillah, iman masih tebal. keh!

sepanjang hayat aku, aku jadi fangirl kat tiga orang ni jee.
 
 1) Four 
 
(dulu aku ingat nama sebenar dia, tapi sekarang aku lupa dah T_T)
 
Too charm that I could die. erghhhh. *sesak nafas*

Tobias Eaton (Four)

Dia ni berlakon dalam cerita "Insurgent" dan "Divergent". kalau korang belum tengok, sila lahh tengok. sumpah charm gila nak mati. *sesak nafas kali kedua*

kahkah.

2) Zul Ariffin


walaupun aku dengar ramai tak suka dia ni, ada aku kisah? HAHA. kalau aku dah suka, aku suka jugak. lel.

aku mula minat kat dia masa dia berlakon drama Maid kat Astro Ria. sejak hari itu aku fangirling kat dia and still counting.

muah ciked :*

3) Shaheizy Sam (Inspektor Khai)


 

sebelum ni aku memang dah minat kat Sam. tapi lepas tengok Polis Evo, aku jadi takboleh nak move on. ohmaigodd. aku tengok banyak kali cerita Polis Evo tu semata-mata nak tengok part Sam jee. 

oh, gua jatuh cinta. HAHA.

I hope we can meet someday, having a lot of chat and some selfies. okay? hiks.

sangat fangirling. lel. 

nah, pesanan untuk korang bertiga. (bajet macam dorang view blog aku je. kah!)



  
 okay, sebelum kita meninggalkan entry ni marilah kita bersama-sama istighfar tiga kali demi kesihatan hati. 

koh koh kohhh.

kbai,

Assalamualaikum.

1 comment:

Kakak Tiri Cinderella said...

Haha kalau dah minat apa pun tak boleh :P