Definisi Solehah

 
hai semua.
 
harini aku nak cerita pasal wanita 'solehah'.
 
Credit: Google

ceritanya bermula bila aku sendiri tak paham apa maksud solehah yang sebenar? apa kriteria yang perlu ada pada si solehah? bagaimanakah seseorang itu layak digelar solehah?

yelahh, sebagai seorang perempuan, tipulah kalau takde impian dan cita-cita untuk jadi solehah. kalau tak rasa nak jadi solehah pun, at least kagum dari kejauhan dengan wanita-wanita solehah ni dan berharap 'satu hari' akan jadi macam dorang jugak. ops, jangan tanya 'satu hari' tu bilaa. i got no answer. lel.
 
so, berbekalkan cita-cita nak jadi solehah, aku pun google laa apa maksud solehah tu. dan, untungnyaa, aku dibawa ke blog Rusydee Art. mesti semua orang kenal dia kan? ohh tak kenal? Encik Sederhana kenal? Abang Bikai? Penulis Misteri pulak kenal? heh. tu semua orang yang sama. oke, klik nama Rusydee Art yang aku mention tadi, dan korang akan dibawa ke blog beliau. bagi aku definisi Solehah yang dia bagi cukup tepat dan padat.
 
aku taknak copy kat sini. sebab... hak cipta terpelihara *flip hair*. lel. aku belajar tajuk Hak Cipta Terpelihara sem ni gais. so, aku cuba beramal dengan ilmu aku lah. heh. (innocent excuse)
 
oke, berbalik pada tajuk. menurut seorang blogger, Husna namanyaa, solehah ni terbahagi kepada dua. satu, solehah dari kaca mata manusia. dua, solehah pada pandangan Tuhan. aku sangat-sangat setuju dengan statment dia. well, semua orang tahu. zaman sekarang ramai sangat manusia suka buat kerja Tuhan. semua nak jadi judgemental. semua suka nak hukum orang. dan memang logik, jika definisi solehah itu sendiri terbahagi kepada dua.
 
 
 Solehah di mata manusia.   
 
Credit: Google

 Perempuan cantik, pakai tudung labung, pakai jubah, pandai masak dan menjahit, rajin, ayu dan sentiasa tersenyum adalah pakej perfect untuk menjadi seorang solehah. orang cakap, pakej lengkap nak buat menantu.
 
mudah bukan?
 
people be like, 
 
"weh, sopan kan dia tu. solehah gila"
 
"bagus lah awak ni. dah la pandai masak. pandai menjahit. pandai kemas rumah. solehah betul awak ni"
 
"solehah kan akak tu? manis jee berjubah dan bertudung labuh"
 
tapi, solehah kat mata manusia, belum tentu solehah pada nilaian Tuhan.
 
dan orang yang kasar macam aku, tak bertudung labuh sampai siku, tak berjubah memang jauh laa dari title 'solehah' tu. ohh, sadlife.
 
banyak kali aku pujuk diri, aku hidup kat dunia ni bukan untuk manusia, tapi untuk Tuhan. 
 
senyum ;) 
 
 
Solehah di mata Pencipta. 
 
Berbeza di mata Pencipta. Input yang kita penuhkan di jiwa, disitulah letaknya nilaian Sang Pencipta.
 
Solehahnya wanita apabila taatnya pada Allah melebihi taatnya pada hamba Allah. 
 
Solehahnya wanita apabila cintanya pada Allah melebihi kecintaanya pada dunia.
 
Solehahnya wanita apabila ibadahnya,tawadhuknya benar-benar hanya untuk Allah dan bekalan hari Akhirat.

Itulah wanita solehah di sisi Allah. 
 
akhirnya, hanya Tuhan yang pandang hati. hanya Tuhan yang tahu banyak mana kau perlukan Dia. hanya Tuhan yang nampak titis air mata yang gugur dek menginsafi dosa. 
 



manusia mana tahu. manusia cuma tahu pandang luaran. dan keluarkan kata bukan-bukan. *angkat bahu juih bibir*
 
kawan aku pernah cakap kat aku, "i don't believe in anything except God. seriously. after 21 years of life, only God will never betray you. He is and always will be just. He will reward you and punish you accordingly"
 
dia speaking gais. heh. and yeah, aku jarang tak setuju dengan dia.
 
kau berharap pada manusia. kau nak tunggu semua manusia suka kau, penat. penat gais penat. sebab akhirnya, kau hamba Tuhan. hidup kau untuk Dia. untuk redha Dia. abaikan kata-kata manusia. sebab manusia takkan puas dan takkan pernah penat menghukum kau.
 
Konklusi, Quran dah bagitau jelas dah yang wanita solehah itu adalah mereka yang:
 
1) Taat kepada Allah dan Rasul
2) Taat kepada suami


oke, sekian. moga Allah jaga. :)

1 comment:

Kakak Tiri Cinderella said...

Semoga kita mampu menjadi solehah bukan sahaja di mata manusia, malah di mata Allah. Amin. In shaa Allah :)