CRUSH : Makhluk Apakah?

 
hai gais.
 
minggu-minggu nak exam ni, aku memang suka ngelat nak study. masa sibuk nak exam ni laa tetiba rajin nak hapdet belog, rajin nak melukis bagai. kau tunggu habis exam, harem aku nak buat benda-benda ni semua. tapi takpelah, alang-alang dah ada mood nak update belog ni, aku ikat kuat-kuat tak bagi lari. yelahh, bukan senang nak ada mood menghapdet apa semua ni. heh.
 
ada satu kata-kata ni, "Jangan risau untuk perkara yang belum kau perolehi tapi risaulah tentang perkara yang kau belum syukuri". so dalam konteks aku, aku jangan risau mood study tak datang lagi. tapi risau bila aku bilaa mood menghapdet belog ni aku tak hargai. tudiaaaa. dah biasa jawab soalan esei. kat entry belog sendiri pun boleh goreng. koh koh kohh. 
 
mukaddimah pun dua perenggan. bukan main. HAHAHAA. 
 
oke, berbalik pada tajuk. "CRUSH". aku saja nak cerita dialog yang berlaku antara classmate aku tempoh hari.
 
dialognya begini:
 
aizuddin: crush tu apaa?
najmi: crush tu syok sendiri.
 
mak aihh. sentap sampai ke tangkai jantung aku dengar najmi cakap macamtu. kah kahh. takleh sadis lagi ke definition tu?
 
 
ada lagi sorang member aku, dia berpegang pada definisi ni:
 
 
yang ni aku tak setuju sangat. this situation doesn't apply on me. heh.
 
bagi aku crush tu inspiration. simple. tak bermaksud kau kena bersama dengan dia. tak bermaksud kau tak pernah bercakap dengan dia. cuma seketul insan yang kau admire, dan kau berharap kau jadi macam dia.
 
haritu, ada sorang member cakap kat aku, lebih kurang gini lahh. aku pun lupa-lupa ingat, "madihah, kalau pun aku jadi pemungut sampah, aku akan pastikan aku jadi pemungut sampah terbaik dalam daerah tu. biarlah kau benci macamana pun benda tu, tapi bila sekali kau dah buat, buat sampai perfect".
 
dan aku pun terinspirasi. serta mula study.
 
serta merta.
 
serta merta juga, dengan penuh hormat, aku melantik beliau sebagai sumber inspirasi aku sepanjang study week ini dan akan tamat perkhidmatan sebaik saja tamat kertas peperiksaan yang terakhir. kahkahh!
 
Sekian.
 

kata-kata member aku tu aku letak kat papan notis bilik. satu lagi aku lekat kat sini. sejenis kata-kata yang aku kira agak membangunkan. membangunkan ke idok korang baca nih? lel.

so, adik-adik, kawan-kawan meh mormor pesan. bila dah mulakan sesuatu make sure sampai ke garisan penamat. okeh?
 
okelahh, aku rasa semangat study aku dah datang balik dah ni. haa, kbai. gua chau dulu.
 
Assalamualaikum. 
 
***
 
Last Paper: 16 November 2015
 
Subjek: Pengurusan Sumber dan Pengajaran Bahasa Arab Berbantukan Komputer
Doakan. 
 
Muah cikedd :*

10 comments:

Mizz Aiza said...

All the best untuk exam nanti.. ;)

Shafique Stevenson said...

good luck kawaii girl hoho

PeRdU cINta said...

Moga dipermudah segala urusan ye..

Myra Azraff said...

aaah crush tu ape. dah lama takde crush2 kat orang ni haha. kat retis je muahahaha xD

Liza Mustafa said...

Salam...
good luck....

Rachmat Tubagus said...

Setelah membaca postingan ini..aku crush.
hehehehehe

Ennor Plenetzurah said...

hehehe entri ni buat saya teringat satu blog... cari punya cari dan jumpa....
http://ceritadaridairiku.blogspot.my/
buat ngalir airmata juga sebb maccam terkena batang idung sendiri... huhuhu

Nina Nino said...

sentap kejap part crush tu syok sendiri hahaha

ஐ iqwa-niera ஐ said...

hahahahaa gambar first and third tu aku setuju !

Kakak Tiri Cinderella said...

Nasib baik takde crush...
Gedluck exam.