Jawab Soalan Ask.fm

 
 
oke , soalan yang atas ni lama dah orang tanya . tapi baru teringat nak publish kat sini . maafkan hamba :'D
 
ekceli kenapa aku publish kat sini . yelaa . kot kot orang yang tanya tuu takbuka ask.fm untuk tengok jawapan aku . atleast bila dia datang belog aku nih , dia boleh baca ni :)
 
ohyee , sebenarnyaa ejaan nama asal aku MARDHIAH . tapi kat belog dan kat fesbuk , aku ubah ejaan dia jadi MARDEEYA . haha . ngengada kau .
 
 
 
mintak maaf , kalau nak cari shoutbox kat belog ni kena scroll ke bawah sikit . terletak nun di bawah 'Super Followers' :3
 
err . bunyi macam jauh sangat jee . ekceli , takpon . cuma scroll sikit jee lagi :D 
 
P/s: mintakmaaf kepada sesiapa yang datang belog ni tapi deeya tak visit back lagi . deeya cuba buat pelan -pelan ehh ? bizi sikit jee sejak dua menjak ni :D
 
tu jee , Assalamualaikum :)
 
 
 

Kan Gua Dah Cakap HAVOC !

 
 alkisah nye , tadi aku dengar lagu HAVOC . dan bila aku amati lagu tuu , nampaknya aku tak berjaya paham kan apa maksud HAVOC tuu -.-'
 
maka , macam biasa , bila aku taktau aku akan tanya Encik Gugel . 
 
rupa-rupanya HAVOC ni maksudnya , 'chaos' , ataupun 'huru-hara' . atau bahasa pasar kita , 'dok huhaa huhaa' atau orang kata 'kecoh' .
 
mihmihmih . sakai jee aku baru tahu :3
 
 


ni dia lagu yang aku dengar tadi . kan gua dah cakap gua , HAVOC , HAVOC , HAVOC xD

tu jee , Assalamualaikum :) 


Takde Jodoh , Redha Sudah .

 
hai , hari ni aku nak kongsi kesedihan dan kekecewaan . amboihh ko mardeeya , dah lama menyepi , tetiba jee update entry kecewa kecewa bagai . 
 
kejadian kecewa mengecewakan ni berlaku selepas aku bersembang dengan mama aku .
 
 

 
 
apa yang aku nak cerita ialah , pada suatu masa dulu aku pernah melibatkan diri dalam industri percintaan nih 

*bunyi macam dah lama giler jee*

tapi , sayangnyee mama aku tak setuju dengan pilihan hati aku . ada jee tak kena . mak aku macam sinis , perli pun ada . padahal kat mata aku dia perfect kot . hengsengg , baik , dan berhartaa . wakakaka . tapi mak aku tetap cakap , yang kami tak sesuai . tak sesuai ! aku ulang . dan masa kitorang berpisah mama aku cakap , "bagus laa . aku deserve someone much better" T.T

*nangis darah*

tapi semalam , aku sembang dengan mama aku . mama aku baru pulang dari rumah family Encik Bekas aku . ekceli , Encik Bekas memang rapat sangat dengan mama aku . dia siap panggil mama aku "Mama" kot .

mama puji sakan Encik Bekas . berbunga-bunga hati aku mendengarnya . tapi apa yang mengecewakan aku ialah bila mama cakap "Encik Bekas baik . kalau Ateh nak kat dia boleh laa"

Ateh tuu adik perempuan aku kot T.T

aku rasa macam nak lari dari rumah jee dengar statement tuu . kenapa dia ? bukan aku ? huh .

stress . tekanan . feeling unwanted .

pastu jiwa remajaa aku yang memberontak cakap , "sampai hati mama . masa dia dengan angah , mama cakap tak sesuai laa . itu laa , ini laa"

aku tahan air mata supaya tak jatuh :'D

lepastu mama cakap . "angah taksesuai . angah dengan dia sebaya . mama takot angah nampak lagi matang dari dia . takot angah nampak lagi tua dari dia"

dalam hati aku cakap "Encik Bekas , kenapa laa muka ko baby face sangat" T.T

mama cakap lagi , "angah , cuba tengok baju kat kedai . banyak kan lawa ? kenapa angah takpilih semua nya ?"
 
senyap .
 
"sebab angah rasa tak sesuai dengan angah kann ? memang lawa , tapi angah cuma mampu melihat bukan untuk memilikinya . sebab tak sesuai dengan angah"

sebaaak .

statement ringkas tapi menusuk jauh ke dalam lubuk hati . sakit , pedih . namun tu hakikat yang aku perlu terima . aku nak nangis boleh ? :'/

kesian kan aku . 

p/s: sebelum wujudnya langit dan lautan , Allah telah menetapkan jodoh hambanyaa *smile*

haha , sekian entry ngengada aku , fihizillah , Assalamualaikum :'D

Vampirestat

 
harini aku nak cerita pasal Vampirestat . semenjak dua menjak ni , traffic blog aku naik senaik naiknyaa . oke nampak tak , naik sesangat tuhh . memula heppi gak ah sebab aku bajet ramai jugak yang view belog usang aku nih . tapi aku tetap wonder apesal laa naik luar biasa pelik nyee . aku pun cek ah traffic sources tuu dari mana dan ini yang aku jumpa -.-'

 


mula-mula rasa eksaited nak mati ahh sebab laman web Vampirestat ni jadi referer site ke belog aku . tanpa ragu-ragu dan syak wasangka aku pun terus klik link tuu . dan tu perkara adalah antara perkara yang TERteruk pernah aku buat :'/

lepas aku klik link tuu keluar laman web Vampirestat macam kat bawah ni .


tapi aku takpaham ape bende laa yang laman web ni view . maka aku pun gugel laa untuk mengetahui apekahh VAMPIRESTAT ni yang sebenarnya . dan ini yang aku jumpa:

"Vampirestat dan adsensewatchdog ni adalah auto spammer system yang akan hantar sekumpulan traffic pada sesebuah blog. Bila korang klik link tu bersedialah untuk backup contents blog korang sebab blog kita mungkin dah tak selamat lagi. Masa tu blog kita da jadi platform untuk meningkatkan ranking website tersebut."

"Kesan buruknya adalah ranking website Google akan jatuh dan ranking blog kita juga akan jatuh dan susah nak jumpa dalam Google Search Engine"
 
credit to belog Qiya Saad :D

see ? menyesal aku klik laman web tuhh . korang jangan klik tau . patot ah audience yang singgah kat belog aku ni ramai dari United States . aku syak , ni gegara Vampirestat ah ni :/


oke , tu jee untuk kali ni , Fihifzillah , Assalamualaikum :D

Kerana Hakikatnya FUTUR Itu Lemah dan Sifatnyaa Melemahkan

 
FUTUR itu lemah . sifatnyaa pula melemahkan .
 
jika seorang ketua keluarga futur , maka futur la pula jemaah keluarganya yang lain . 
jika seorang murabbi futur , maka futur pula anak didiknya . 
jika seorang kakak futur , maka futur pula adik-adik di bawah nyaa . 
 
apa itu FUTUR ?
 
Penyakit futur ini menukar sama-sekali perlakuan pelakunya daripada seorang RAJIN dan semangat bekerja kepada sikap MALAS, putus asa, menunda atau berlambat-lambat melakukan pekerjaan.
 
Maksud FUTUR menurut Angel Pakai Gucci

 


 
nota kaki: sedang berlawan dengan penyakit FUTUR ni taim cuti . masa lapang adalah permulaan FUTUR . aigooo -.-'
 

Kalau Kau Kawin Orang Taknak Datang Acano ?

 
hai haii . dua hari lepas ada orang yang request aku suruh intro myself kat ask.fm . tapi aku taktahu laa sape . so aku printscreen ah jawapan aku kat sini . bapak ringkas jawapan aku . so , kalau nak kenal lebih lagi bolehh ada kita kat facebook ehh ? ehh ? *HAHA . bajet ramai jee nak kenal . menyampah :P
 
ni jawapan aku . simple giler kenn ?



oke , tuu intro jee . ekceli harini aku nak share satu story nihh . aku rasa korangg perlu tahu so aku semadikan cerita tuu kat belog usang aku nihh . hiks :3 
 
situasi: dalam bas , duduk sebelah seorang pakcik , aku berbaju kurung 
setting: tinggal dalam masyarakat Bajau 
 
pakcik: minggo kau nak ? ( nak pergi mana nak ? ) *pakcik tuu berbahasa bajau dengan aku*
 
aku: tak Telipuk pacik . ( nak pergi Telipok pakcik ) *ringkas aku balas*
 
pakcik: nyak kau leman kenduri tak Tajau dau ? ( tak pergi kenduri kat Tajau dulu ke? ) *pakcik tuu tanya lagi . lebih kurang gini ah soalan dia harituhh , aku pun tak ingat . ataupun soalan dia complicated lagi . sampai aku pun takpaham apa dia tanya aku*
 
aku: *buat muka blur kat pakcik tuhh* *aku takdapat tangkap dia tanya apa ekceli*
 
pakcik: *ulang soalan yang sama*
 
aku: pakcik , saya nda pahamm -smile- ( pakcik , saya tak faham ) *selambaa aku balas*
 
pakcik: astagaa . anak siyen kau ni ? ( astagfirullah , kau ni anak sapee ? )
 
aku: anak Ustaz Zul pakcik . *bapak aku kindda terkenal kat tempat nihh*
 
pakcik: patut laa . kau tinguk bapak kau . bagus diaa , pandai dia cakap Bajau . lancar tuu . belajar kau bhaa . ( patut laa . cuba ikut ayah kau tuu . dia pandai cakap Bajau . lancar jee . kau belajar lahh ) *pakcik tuu dah tak cakap Bajau dengan aku . so dia cakap bahasa Sabah standard jee*
 
aku: yaa , pakcik . nanti belajar jugak ni . ( ye pakcik . nanti saya belajar )
 
pakcik: napa kau nda pergi kenduri sini ? nanti kau kawin , teda yang datang . ( kenapa tak pergi kenduri kat sini ? nanti kau kawin takde yang nak datang )
 
aku: pergi kenduri jugak ni pakcik . tempat kawan . kawin dia ni hari . ( saya nak pergi kenduri jugak ni pakcik . tempat kawan . dia kawin hari ni )
 
pakcik: bhaa . 
 
pastuu , beberapa perbualan berlaku antara kitorangg sebelum kitorang sampai kat destinasi .
 
apa , yang aku nak cakap , bila kita kat tempat orang kita kena laa pandai bawak diri . kena belajar adat dan cara dorangg . yes . aku tinggal Sabah , tapi aku bukan orang Sabah sebenarnya . parents aku asal Pahang . just bapak aku yang masa posting kena mengajar kat Sabah . so , that's why family aku stay sini . 
 
and , aku wonder . memang camtu eh ? kalau kita takdatang kenduri orang nanti kita buat kenduri orang taknak datang . aku taktahu pulak *maafkann patik . budak-budak baru nak up cenggini laa* hiks :3
 
p/s: ohyee , lupa nak bagitahu . kalau masyarakat Bajau dorang memang guna Aku-Kau jee sebagai ganti diri . even anak-anak cakap dengan parents pun akan guna Aku-Kau . untuk orang yang takbiasa dan taktahu mungkin dengar agak kasar kann ? tapi aku dah membesar kat sini , so aku rasa mende tuh dah macam biasa jee sekarang . lai lai .
 
oke , tu jee untuk kali ni , ma'assalamah , fihifzillah , Assalamualaikum :)