Mereka Inspirasiku :')

 
tadi aku godek-godek lappy aku dan tengok gambar-gambar lama . tetiba aku jumpa gambar kat bawah . andd aku sebak tengok gambar tuhh :'/ *nangis laju-laju*


ni gambar masa aku dapat anugerah tokoh pelajar masa graduate pas SPM dulu . aku tengok muka mama abah nampak heppi dan bangga jee . aku sebaaak ! masa aku dapat anugerah ni , mama abah iring aku sekali naik pentas . mesti dorangg bangga sangat taim tuu kan , dapat iring anak terima anugerahh . tengok muka abah buat aku menangis . muka penuh harapan , mungkin terasa pengorbanan dia selama ni terbalas kann .

then aku baca kata-kata yang aku tulis atas gambar tuu , "akan ku balas jasamu dengan kejayaan demi kejayaan". aku tulis ayat tuu taim form 5 . dann bila aku baca sekarang , aku sentaap ! sentaap ! aku banyak lalai . banyak main . banyak buang masa . tak serius belajar , kononnye penat struggle taim SPM . tapi aku lupa , aku pernah berjanji dulu nak hadiahkan ibu bapa aku dengan kejayaan demi kejayaan . nangis T.T

mama , abah . maafkan angah . angah tak serius belajar . tapi angah janji , angah akan buat mama abah bangga . that's my promise :')

Jodoh yang Baik ?

 
 
Jodoh yang baik : 
 
Selepas melakukan solat ISTIKHARAH, Bila dengar nama dia, kita rasa tenang. Hati rasa tenang. Itulah jodoh yang baik :)

Setitik ilmu. Sejuta makna.

 

oke , kat atas tuu semuanyaa buku-buku aku . lawa tak aku susun ? bhahaha *lempang pipi sendiri* *behave! behave!*

oke ekceli aku nak share satu hadis nihh . hadis pasal ilmu dan manusia. Hadis Sahih (riwayat al-Bukhari no 79 dan muslim no 6093)

Rasulullah telah membuat satu perumpamaan tentang HIDAYAH  dan ILMU. hidayah dan ilmu ibarat HUJAN lebat yang turun ke bumi.  manusia pula ibarat TANAH bumi. Kemudian Rasulullah membahagikan tanah ini kepada 3 JENIS: *haa , cuba peraati sikit korang tanah jenis mana ?*

Jenis pertama; Di antara tanah itu ada yang suci dan baik boleh menerima air, lalu tumbuhlah rumput-rumput yang banyak diatasnya

Jenis kedua; Di antara tanah itu pula ada yang tidak menumbuhkan tanaman, ia menakung air maka dengannya Allah memberikan manfaat kepada orang ramai, mereka minum dan bercucuk tanam.

Jenis ketiga; Hujan menimpa tanah ini, namun ia hanyalah tanah yang gersang, tidak mampu menakung air dan tidak pula dapat menumbuhkan rumput.

faham tak simbolik hadis tuu ? Apa signifikan bagi tanah-tanah tersebut ? dapat dah ke ?? *siapa betul aku spen cecoki* :3 hee . oke , jom cikidaut! (baca: check it out) LOL.

tanah 1: ia menggambarkan golongan manusia yang memerima ilmu dan hidayah dari Allah s.w.t lalu beramal dan manfaatkan untuk diri mereka sendiri serta untuk kemanfaatan orang lain dengan menyebarkannya.

tanah 2: ia menggambarkan golongan yang juga baik .walaupun mungkin mereka tidak begitu mengambil faedah dari ilmu itu, tapi berjaya menyebarkan pada orang lain.

tanah3: golongan ini langsung tidak mahu menuntut imu, dirinya juga tidak memberikan apa-apa manfaat kepada orang lain.

so , korangg tanah jenis hapee ? tepuk dada tanya iman . kbaii , salamullah alaikum :D

ABAH

 
Sekadar kongsi cerita. beberapa hari lepas, aku scroll home fesbuk dan aku nampak rakan fesbuk aku share cerita ni. maka aku pun mengabadikan kisah tersebut dalam belog aku nihh supaya korang pun tersentuh macamana aku tersentuh harituhh . muehehe :'3 *pun boleh macamtuu*


***
Pagi tadi:
Pergi ke bank, bayar hutang kat cash deposit atm. Di belakang, ada seorang pakcik berdiri.

Nak, boleh tolong saya?
Ya, boleh pakcik.
Tolong saya masukkan duit sebab selalunya ada pegawai yang tolong.
Hari ini cuti public cik..

Duit untuk anak pakcik ya?
Ya.dia belajar di selangor - UIA.

Duit dimasukkan untuk anak pertama.
Berjaya.
Kali kedua, jumlah yang sama dimasukkan untuk anak kedua. tapi kali ini ada rm10 5keping, rm50, rm100. Semua duit masuk dalam mesin tapi yg rm100 keluar semula. 2kali.

Pakcik ada duit lain?

Tak ada nak.

Sempat mata ini menjeling ke dalam porch pakcik itu (maafkan saya). Tinggal RM7 sahaja.

Hati mula tersentuh.

Cuba lagi masukkan.
Moga dipermudahkan.
Alhamdulillah berjaya.
Jelas rasa lega terlihat di riak wajahnya.

Berlalu tapi perlahan..

Ingin kutahu dia naik apa..

Motor.
Dalam hujan renyai.
Terlihat wajah kepayahan.
Mengalir air mata.
Semoga pengorbanan seorang ayah itu diberi ganjaran syurga.
Belajarlah sungguh-sungguh wahai anak-anak kepada pakcik itu.

RM400 untuk 2 orang anak.
Sikit untuk dirinya memadai..
***

Moga ALLAH memberkati pakcik itu.
Moga ALLAH luaskan rezeki semua ayah di luar sana.
Moga ALLAH kurniakan kesihatan yg baik untuk ABAH yang selalu saya sanjungi..

Kepada semua pelajar:
Belajarlah sungguh-sungguh untuk membalas jasa ibubapa kita

tetiba teringat ABAH kat rumah susah-susah cari duit nak tampung aku adik-beradik supaya tengok kitorang selesa, supaya dapat tengok anak-anak nyaa serba cukup macam orang lain. tak mahal pun takpe, ABAH ajar kami erti SYUKUR :'D

ABAH. my hero, my first love :')
tu jee untuk kali ni , moga entry kali ni bermanfaat *kesat air mata*. fihifzillah, salamullah alaikum :)

Petua Kurangkan Beli Pakaian Mahal

 
sila ambil perhatian, terutamanyaa tuan belog sendiri yang kaki shopping nihh ! hahahahasyuuu ~

ni laa rupa orang yang suka berbelanja dengan rakus nyaa . *aku tau muka tuu nampak sakai. bhahahaha :3
 p/s: tetiba datang mood nak update entry memalam . kbaii :3

USRAH ? Apekahh ?

USRAH ibarat seorang yang sedang mencangkul tanah. mereka hanya nampak pada zahirnya, namun mereka tak tahu sebenarnya kita sedang membina batas.
begitu juga usrah, mereka nampak kita hanya sekadar berhimpun dan berbincang tetapi mereka sebenarnya tidak tahu sebenarnya kita sedang membina semula ISLAM dalam hati kita :'D
tak tau ape itu USRAH ? oke takpe takpe . usrah tuu , satu perkumpulan kecil (biasanya 5 hingga 8 orang) yang dibentuk atas dasar persaudaraan untuk mendalami ilmu agama dan saling tolong menolong dalam pelbagai aspek kehidupan. jom berukhwah dan berusrah hingga ke Syurga ? jom jom ? *wink wink*
 
tu jee untuk kali ni, fihizillah, salamullah alaikum :)

Break ? Clash ? Putus ?

 
Student Kimia : Saya banyak terdedah dengan bahan kimia, saya takut tak dapat beri zuriat. Kita berpisah eh? "

Student Fizik : "Saya belajar pasal fizik kuantum yang tak nampak, jadi saya tak nampak awak dalam diri saya. Kita clash"

Student Matematik : "Saya dah buat kira-kira guna limit function, memang sampai sini saja limit perhubungan kita"

Student Biologi : Maaf, saya dah jatuh cinta dengan serangga dan tumbuh-tumbuhan. Bukan dengan awak lagi"

Student Pergigian : "Saya tahu yang cinta awak palsu sepalsu gigi palsu! Nyenyenye."

Student Perundangan : "Talk to the hand, see you in court!"

Student Sains Politik : "Awak dah tahu saya ni Pro-M, yang awak undi Pro-Aspirasi pasal apa? Kita break!!" LOL

Student Seni : "Gaya awak tak cukup abstrak untuk menambat hati saya. Maaf.


Player: "Aku saja nak game ko. Sorry, kita break" T.T

*oke , yang last sekali tuu aku pernah kena . rasa macam loser sangat time tuhh . but , a bad relationship should make you wiser for next time *well said* kann ? ape yang aku nak cakap , bila orang dah taksuke , dia akan buat macam-macam alasan nak berpisah . kadang-kadang alasan dia tak masuk akal pun tapi kalau dah tak hendak seribu dalih laa jawab nyee -.-' 

untuk orang yang pernah buat aku macam kat atas tuh , aku cuma nak cakap , "i pretend like i dont care but deep down i really still dont care . lalalala ~ ". andd "I'm not a backup plan for those who just think that love is a game !!!" *banyak betol tanda seru . nampak benor marah nyee . muehehe .

gambar ni takde kena mengena dengan entry tapi kartun tuu bermakna buat aku *kesat hingus*

oke , tu jee laa aku nak share kali ni . be wise kehh u olls , me too *sigh* . Assalamualaikum :'D