Secret Song For You :'D

 
harini aku nak share satu lagu nihh . aku tau lagu ni dah agak lama , tapi festaim aku dengar aku jatuh cinta giler dengar lagu ni . sumpah best ! sedap jee suara penyanyi dia . nama penyanyi merangkap composer lagu nih ialah Nur Jannah Alia . memula dengar lagu ni taktau pulaa ni lagu asal orang Malaysia , tapi memang terbaik ahh (y)

menurut penulis lirik dia , lagu ni mengisahkan tentang seorang lelaki yang berjaya mencuri hatinyaa for the first sight tapi sayang nyaa lelaki tu tak balas cintanyaa . maka dia terpaksa melepaskan lelaki tersebut pergi kerana sesungguhnya cinta itu takboleh dipaksa *ohhh , sedihnyee T.T tapi ntah kenapa aku balik-balik pasang lagu nihh . *ekceli aku baru jumpe lagu nihh* . muehehehe . oke , aku tau yang tu sakai -.- oke , cikidauttt !! (baca; check it out) LOL.



 
you were there to light my day 
 you were there to guide me through 
from my days down and on 
I'll never stop thinking of you 
 
how can i forget all that 
when you're the one who make me smile 
you'll always be apart of me 
how i wish you were still mine
 
never will forget the day 
how we've met and came this far 
we all know we got this feeling 
 but somehow it has to end up here 
 
i know it's me who said goodbye 
and that's the hardest thing to do 
 cause you mean so much to me 
and guide the truth from me to you
 
for all the thing i've done and said 
for all the hurt that i've cause u 
i hope you will forgive me baby 
cause that wasn't what i mean to do 
 
# amacam ? best takk ? hee , tu jee untuk kali ni . kbaii , assalamualaikum :'D

Mungkinkah Calon Jodohku .... Kematian ?

 


tadi , waktuu buka fesbuk , ada sorangg kawan dia share satu kisah dekat gerup . memula malas gak nak baca sebab agak panjang tapi perasaan ingin tahu aku mengalahkan rasa malas yang terbit . mungkin ituu gerak hati dari ALLAH ? *maybe* . secara jujur , aku sendiri terkedu baca kisah ni . ramai antara kita asyik fikir soal jodoh , nikah awal . seakan topik HOT dalam kalangan remaja seperti aku , tapi sebenarnyaa ada satu hal yang kita mungkin terlupaa iaitu terkadang kematian datang dulu menjemput sebelum tibanyaa jodoh . 
 
terkadang kita terfikir , kenapa jodoh aku belum sampai . kenapa aku di usia sebegini belum bernikah seperti orang lain ? berlapang dada lahh . sesungguhnyaa ALLAH telah merancang sesuatu untuk kamu . atau mungkin saja kamu bakal berjodoh dengan KEMATIAN ? *kesat hingus* maka berlaku ADIL lahh . sama tarafkan soal JODOH dan KEMATIAN , kerana kedua-duanyaa ketentuan dari ALLAH . jom kita ikuti kisah di bawah ini :'D
 
***

"JODOH".. Dimana saya bercerita dengan IBU.., "ibu, ada seorang kakak ni lawaaaa sangat. Tapi tak kawin lagi. Umurnya dah 30 tahun. Alim, baik, dah macam macam usaha dia cuba ibu, tapi masih satu pun macam tak datang melamar. Dia sangat gagah tau ibu." ibu hanya mampu tersenyum. Ayah juga.

Saya hairan. Kenapa?

Lalu ibu kata,"Mungkin jodohnya dengan kematian."

Terkedu. "Maksud ibu? Dia dah nak meninggal?"

"Bukan lah.. Maksud ibu, mungkin jodohnya yang ditetapkan oleh Allah tu sudah bertemu dengan kematian. Atau mungkin belum, tetapi hampir kepada kematian. Allah "simpan" dia. Mungkin kalau dia kawen, dan husbandnya meninggal, dia menjadi seorang perempuan yang lupa pada Allah? Sebab awak kata dia alim kan? Mungkin dia terlampau sayang dan tak boleh terima? Allah boleh je kawin kan diorang, tapi kan Allah kata, Allah kasi ujian kepada hambaNya yang mampu sahaja. Mungkin dalam soal ini, Allah tahu dia tak mampu nak tanggung. Jadi, Allah kasi dia ujian lain, dengan tak kahwin.

Oh,jadi sekarang saya faham, kenapa makcik umrah tu tak kawin, dan Allah tarik rasa nak kawin dekat dia. Ya, baru saya faham.. "mungkin jodoh makcik dengan kematian"

ibu sambung lagi.."jadi jangan berharap sangat untuk bertemu jodoh. Bukan ibu cakap, jangan tak fikir langsung pasal jodoh, tapi jangan terlampau "gila" kan tentang penemuan jodoh. Serahkan pada tanganNya. Menjadilah yang solehah. InshaAllah, kalau ada jodoh dan rezeki itu, datang jugalah ia kepada kamu.

Remaja zaman asyik fikir tentang jodoh, kahwin awal seronok. Tak pula diorang nak fikir, mati awal tu macam mana? Hish. Takut ibu. Kalau anak-anak ibu meninggal awal, entah apa yang hendak diorang persembahkan kepada Allah. Jodoh dengan kematian itu sayang, sama tarafnya. Tapi dalam memikir soal jodoh, kematian itu juga harus selari. Kerana jika hanya fikir tentang soal jodoh, kemana pula persiapan akhir kamu kelak? Jodoh takde takpe, amal takde macam mana pula? Ingat tu. Jodoh tu, orang kata "bonus" kepada setiap hambaNya untuk tambah pahala lebih lebih bagi wanita. Tapi amalan? Ia sendiri sendiri, sayang"

Saya diam. Betullah.

Kita ni, asyik nak jodoh jodoh, kawin kawin.
Kalau dalam Luh Mahfuz tu, pasangan saya tu ajalnya awal, maka saya punya jodoh tiada. Sebenarnya ada, cuma Allah tarik awal. Maka, takkan sepanjang hayat saya nak tunggu jodoh turun dari langit? Sedangkan "dia" yang Allah hantarkan tu sudah bertemu awal dengan PenciptaNya?
 
 ***
 
 p/s: renung-renungkan dan selamat beramal . fihifzillah , wassalamunalaik :)