Tapi , Destinasi Kita Berbeza :/

 
 
 
mulanyaa kita berada di stesen bas yang sama . kemudian kita naik bas bersama . tiba di destinasi , kita turun juga bersama-sama . kini kita berada di stesen bas kedua . aku ingin ke sana , kau pula ingin ke situ . kemudian , bas engkau datang dulu . aku menangis kerana aku sekarang sendiri . kau pula girang gembira kerana bas engkau tiba dulu . 

aku tumpang gembira kerana engkau juga gembira walau sebenarnyaa aku mengharap agar bas aku juga awal tiba . aku menunggu dan terus menunggu kehadiran bas aku . sambil itu , aku menangis mengenang kenangan kita bersama di stesen bas pertama , aku juga rindu kenangan kita atas bas dulu . tapi aku akui , aku terpaksa terima hakikat , destinasi kita berbeza , maka bas yang kita naiki juga tak mungkin sama :/


walau berat aku rasa , walau aku sendiri di stesen bas ini , aku tetap kuatkan diri . aku cuba menyapa mereka yang berada di sekeliling stesen bas itu . dan sekarang aku masih menunggu ketibaan bas aku . sambil itu , aku cuba lupakan kenangan kita di bas yang pertama dengan membaca buku yang ku bawa tatkala itu . tapi aku tak bisa menipu , kenangan tak semudah itu terpadam . maka kenangan itu aku simpan walaupun pahit untuk aku telan :'/

 p/s : cerita ni simbolik jee . ade sesape tak yang paham aku maksudkan apee ?