ABAH

 
Sekadar kongsi cerita. beberapa hari lepas, aku scroll home fesbuk dan aku nampak rakan fesbuk aku share cerita ni. maka aku pun mengabadikan kisah tersebut dalam belog aku nihh supaya korang pun tersentuh macamana aku tersentuh harituhh . muehehe :'3 *pun boleh macamtuu*


***
Pagi tadi:
Pergi ke bank, bayar hutang kat cash deposit atm. Di belakang, ada seorang pakcik berdiri.

Nak, boleh tolong saya?
Ya, boleh pakcik.
Tolong saya masukkan duit sebab selalunya ada pegawai yang tolong.
Hari ini cuti public cik..

Duit untuk anak pakcik ya?
Ya.dia belajar di selangor - UIA.

Duit dimasukkan untuk anak pertama.
Berjaya.
Kali kedua, jumlah yang sama dimasukkan untuk anak kedua. tapi kali ini ada rm10 5keping, rm50, rm100. Semua duit masuk dalam mesin tapi yg rm100 keluar semula. 2kali.

Pakcik ada duit lain?

Tak ada nak.

Sempat mata ini menjeling ke dalam porch pakcik itu (maafkan saya). Tinggal RM7 sahaja.

Hati mula tersentuh.

Cuba lagi masukkan.
Moga dipermudahkan.
Alhamdulillah berjaya.
Jelas rasa lega terlihat di riak wajahnya.

Berlalu tapi perlahan..

Ingin kutahu dia naik apa..

Motor.
Dalam hujan renyai.
Terlihat wajah kepayahan.
Mengalir air mata.
Semoga pengorbanan seorang ayah itu diberi ganjaran syurga.
Belajarlah sungguh-sungguh wahai anak-anak kepada pakcik itu.

RM400 untuk 2 orang anak.
Sikit untuk dirinya memadai..
***

Moga ALLAH memberkati pakcik itu.
Moga ALLAH luaskan rezeki semua ayah di luar sana.
Moga ALLAH kurniakan kesihatan yg baik untuk ABAH yang selalu saya sanjungi..

Kepada semua pelajar:
Belajarlah sungguh-sungguh untuk membalas jasa ibubapa kita

tetiba teringat ABAH kat rumah susah-susah cari duit nak tampung aku adik-beradik supaya tengok kitorang selesa, supaya dapat tengok anak-anak nyaa serba cukup macam orang lain. tak mahal pun takpe, ABAH ajar kami erti SYUKUR :'D

ABAH. my hero, my first love :')
tu jee untuk kali ni , moga entry kali ni bermanfaat *kesat air mata*. fihifzillah, salamullah alaikum :)

21 comments:

Lieya Von Jay said...

harap-harap anak pak cik tu takkan sia sia kan dia bila dh senang nanti

Wirda Amir said...

salam dik...

sebak la dik...akakpun selalu tolong pakcik dn makcik yg nak masuk utk duit anak2 yg sedang belajar,duit tu kalau tak masuk sbb terlipat atau salah susun..boleh cuba lagi..kalau tak mau juga..akak akan guna duit akak utk pakcik makcik tu...

Nao Mei said...

subhanaAllah...itulah kasih seorang ayah,,,yang ingin anaknyaa merasa kesenangan walaupun hidup hanya tak semewah orang lain..tapi dia tetap bersyukur kerana memberi kegembiraan di wajah anaknya...tapi kita anak. sedar tak sedar mungkin kita terlupa...semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada kita semua...


cik akak follow sini

Rubiatul Adawiyah said...

subhanallah.. semoga ayah2 kita semua di berkati Allah. amin *sebak :(

kacang buncis said...

sedihnya....rindu plak kat ayah :(

Wirda Amir said...

Salam deeya...

Terimakasih kembali ye.....

Wirda Amir said...

Terkedu dgn entry mungkinkah jodohku kematian...tq....

ikhwan yusuff said...

hargai pengorbanan emak n ayah..:)

Mizz Aiza (Dunia Kecil) said...

besarnya pengorbanan seorang bapa di dalam memastikan anaknya sentiasa cukup keperluan hidup..

aswadz said...

kita jarang nmpk pengorbanan seorang ayah...

Putri said...

tersentuh hati akak malam-malam baca entry awak.kasih sayang ayah jarang kita nampak, tapi sentiasa boleh dirasa

diskusilmu2013 said...

sweetnya anak and yah ni..hehe

Eiqa Almond said...

sekali dengan eiqa pun tersentuh..
RM7 je dalam porch pakcik tu..
Ya Allah, semoga Allah rahmati hidup pakcik sekeluarga..
Itulah perngorbanan seorang ayah kan :)

S.K.A said...

pernah bca kisah ni :( hm mmg sedih bila bca lg..anak2 kt luar sna hrgailah pgorbanan mak bapa slgi mereka masih ada..

chicken_floss said...

Oh sedihnya..:(

Niena Reen said...

ya allah sedihnya... semoga anak2 pakcik tu menghargai kepayahan ayah mereka. :'(

Aku Penghibur said...

hargai pengorbanan seorang ayah.. entri yang bermannfaat

Nur Azwa Edora said...

pernah baca cerita ni kat fb ... pilu hati.. :'( teringat kat abah .. love u so much abah ... T_T

Nadiya said...

dah pernah baca, pilu jee... akceli seorg bapa sukar nak tunjuk kasih syg diakt kita... tapi kita boleh lihad sendiri dengan apa yg dia beri pada kita...

siara elina said...

sentap :3

Pha Is said...

harap si anaknya dan kita semua x melupakan pengorbanan ibu bapa..