Suara Siapa Tu ??

assalamualaikum korang :D

hari ni aku nak share satu kejadian PELIK yang aku alami baru-baru ni jugak la . *erk ! macam tu pon boley !*


ceritanya macam ni . hari tu aku rasa penat sangat-sangat , jadi lepas zohor kira-kira jam 3 petang aku pun tidur laa . memang nikmat takpayah cakap la kan . aku rasa tidur aku berkualiti giler hari tu . tapi waktu aku tengah tidur  tu *waktu tu lama dah tidur* tetiba aku dengar suara mak aku panggil aku " angah, angah bangun solat asar" . suara tu KUAT giler boleh tak ? aku tak tau tu mimpi ke ape . tapi suara tu memang kuat la dan datang dari arah dinding sebelah aku *katil aku tepi dinding* *mak aku kat SABAH dan aku sekarang kat TERENGGANU*


aku pun terbangun . aku tengok jam ma shaa ALLAH , dah jam 5.30 petang . aku tak solat asar lagi . aku cepat-cepat bangun dan duduk terpaku atas katil . suara apa tu ? sebijik suara mama . dahlaa aku sensorang dalam bilik waktu tu *aku tinggal kat hostel* . tanpa fikir panjang aku cepat-cepat ambik wudhu dan solat . even time tu aku masih tertanya-tanya , suara apekahh ?

kawan aku cakap , tu mungkin suara malaikat nak kejutkan aku bangun solat *maybe?*. tapi aku pun taktau laa sebab asrama kitorang tu agak 'scary' sikit . hehehe . korang rasa tu suara apee ??

mungkin tu je laa kot untuk kali ni . tengs reading . fihifzillah . wassalam :D




3 comments:

Ana Farhana said...

yup2.. mungkin itu suara malaikat nk kejutkan kmu bangun dr tidur dan solat ~ :)

singgah balikk :D

Madihah Rehana said...

Suara bisikan jin Islam.
Wallaahu a'lam :)
Bagusla klu mcm tu madi,naseb x terlajak :p hehehehe

Nies alhaQ said...

Allah yang hantar suara tu spy adik bangun solat asar. =)
Alhamdulillah.